Terbaharu, wabak COVID-19 telah diisytiharkan sebagai Pandemik oleh WHO. Pastinya pengisytiharan tersebut membuat orang ramai di seluruh dunia panik dan bimbang.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan sentiasa memastikan diri sentiasa dilindungi. Saat ini, face mask dan hand sanitizer mendapat permintaan yang tinggi tetapi sering kehabisan stok.

Seorang pengguna Facebook Ir Abdul Rahman Bahasa telah berkongsi cara mudah DIY hand sanitizer dengan menggunakan 2 bahan sahaja. Malah, kos untuk membuat hand sanitizer sendiri hanya RM11.70 sahaja dan anda boleh dapat 5 botol 50ml hand sanitizer.

Menurutnya, tips tersebut diperolehnya ketika berkunjung ke sebuah farmasi. Baca perkongsian tips beliau di bawah ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Dettol jenis disinfectant liquid
2. Sterile water

Cara-cara untuk membuatnya:

1. Campurkan 20% Dettol dan 80% sterile water.
*Nota kaki: Sukatan untuk 100ml hand sanitizer adalah 20ml Dettol dan 80ml sterile water, manakala untuk 50ml hand sanitizer adalah 10ml Dettol dan 40ml sterile water.

2. Anda boleh sukat menggunakan picagari atau lain-lain alat sukatan yang bersesuaian.

3. Akhir sekali, letakkan campuran tersebut dalam dalam botol spray dan boleh digunakan.

*Peringatan: Formula hand sanitizer ini hanya sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas sahaja. Ini disebabkan faktor ketebalan kulit. Kesan Dettol agak kuat juga dan takut ada kesan pada kulit kanak-kanak yang umurnya bawah 10 tahun.

Kos keseluruhan:

500ml sterile water: RM6.90
50ml Dettol: RM4.80
Jumlah: RM11.70

Dengan hanya kos RM11.70, anda boleh buat 5 botol 50ml hand sanitizer. Harga semasa hand sanitizer sebotol 50ml adalah RM8.00. Harga untuk 5 botol adalah RM40. Tapi buat sendiri pakai formula Dettol dan sterile water ini, anda boleh jimat RM28.30!

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh anda diluar sana. Diharap anda dapat menjaga kesihatan dan diri anda sebaiknya.

Kami senaraikan beberapa artikel berkaitan COVID-19 pada pautan di bawah ini.

3 Cara Lindungi Diri Daripada Wabak Coronavirus Anda Wajib Tahu

Wabak Merebak Terlalu Pantas, WHO Isytiharkan COVID-19 Sebagai Pandemik

KKM Lancarkan ‘Website’ Khas Periksa COVID-19, Tawarkan Perkhidmatan Secara Dalam Talian