Isu serangga dalam kereta memang merupakan masalah yang sering dihadapi para pemilik kereta. Tambahan lagi jika si pemilik tersebut mempunyai anak kecil yang suka benar mengunyah di dalam kereta sampai habis berterabur makanan di dalamnya.

Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah ini, pelbagai tips telah dikongsikan seperti meletakkan air manis semalaman di dalam kereta untuk memerangkap sang lipas lah, menggunakan daun pandan untuk menghalau lah, dan pelbagai lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, menerusi perkongsian yang telah dimuat naik oleh saudara Kushairi Borhanudin di laman Facebook Tukang Apa Hari Ini, beliau telah kongsikan pengalamannya membasmi lipas di dalam kereta dengan hanya bermodalkan kurang daripada RM8.

facebook
SUMBER: FACEBOOK

“Saya beli Fumakilla Vape ni dekat 99 Speedmart, RM7.90 lebih kurang. Sembur dua tiga das bawah seat kereta. Buat waktu malam sebelum tidur,” katanya melalui perkongsian yang telah dibuat.

“Pagi-pagi collect hasil. Puas hati kutip sekor-sekor. Banyak juga saya jumpa yang tengah bertelur nak meluaskan ummah lipas,” tambahnya lagi.

Menginjau di ruangan komen, rata-rata dari warganet turut berkongsikan pengalaman mereka ketika berhadapan masalah dengan serangga perosak ini. Pelbagai pendapat yang telah diberikan, tak kurang juga dengan tips-tips lain yang dikongsikan.

photo_2021-02-11_13-03-50
SUMBER: FACEBOOK
photo_2021-02-11_13-03-54
SUMBER: FACEBOOK

Diharapkan perkongsian ini boleh membawa manfaat kepada anda. Anda mempunyai tips sendiri untuk membasmi serangga perosak ini? Kongsikan!

Ingin tahu cara membuat tuntutan jika sekiranya barangan anda yang dihantar oleh syarikat penghantaran J&T Express rosak? Klik pautan di bawah ini untuk mengetahui caranya.

Cara Membuat Tuntutan Jika Terima Barangan Rosak Atau Pecah Dari J&T Malaysia

Sumber