Umum mengetahui pergolakan rumah tangga Sharifah Sakinah bersama suaminya, Michael Hensen. Dalam satu laporan terdahulu, perkahwinan Sharifah Sakinah seolah-olah sudah sampai ke penghujung dan mereka mahu berpisah.

Terbaharu, dalam satu sesi temubual, dia mengakui masih mencintai suaminya itu dan berkemungkinan kembali ke pangkuan Michael tetapi bukan dalam masa terdekat. Tambahnya, dia dan Michael mempunyai tanggungjawab untuk menjaga anak-anak hasil perkahwinan terdahulu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@kosmoonline

Saya masih cintakan Michael – Sharifah Sakinah #sharifahsakinah #beritatiktok #beritatiktok

♬ Beta Janji Beta Jaga (Janji Putih) [Short Ver] – Arvian Dwi

“Dia (Michael) punya budaya kena jaga anak walaupun dah bercerai. Seminggu anak dekat bekas isteri, seminggu kemudian dengan dia. Kalau dia pindah sini, dia kena bawa bekas isteri dan anak.

“Kami tidak mahu drama seperti itu. Tak apa, kalau kami ada jodoh, mungkin bukan sekarang tetapi mungkin 10 tahun lagi, saya akan kembali dekat dia. Saya masih cintakan dia. Saya cuma tak nak hubungan jarak jauh.” ujar Sharifah Sakinah.

Malah, Sharifah Sakinah turut menegaskan bahawa mereka masih suami isteri dan tidak bercerai tetapi hanya berpisah. Disebabkan konflik ini, Sharifah Sakinah mengatakan dia terpaksa melupakan keinginan untuk menimang cahaya mata lagi.

Sekadar info, Sharifah Sakinah dan Michael mendirikan rumah tangga pada hujung 2020 namun mengambil keputusan untuk berpisah kerana faktor hubungan jarak jauh dan kerja masing-masing.