Sejak hujung minggu yang lalu, negara kita dikejutkan dengan khabar duka keadaan banjir yang melanda beberapa negeri di tanah air kita terutamanya di kawasan-kawasan yang terjejas di Pahang dan Johor.

Pelbagai perkongsian dan laporan telah terbit di media arus perdana dan juga media sosial mengenai keadaan semasa banjir di kedua-dua kawasan dan boleh dikatakan hampir sebahagian besar ruangan media sosial dipenuhi dengan titipan doa dan ucap selamat buat mereka yang sedang menghadapi bencana ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak turut ketinggalan dalam berkongsikan rasa duka dan mendoakan keselamatan mangsa-mangsa banjir ini juga adalah penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza.

Beliau yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang pada pagi tadi meluahkan rasa sebak melihat keadaan banjir di sana terutamanya bangunan sekolah lama beliau yang kini ditenggelami air.

ct
Gambar bangunan sekolah lama Siti Nurhaliza

“Bangunan kelas saya belajar hanya nampak sayup sahaja bumbungnya.

“Allah! Semoga usaha ini akan diberkati dan saya juga mengajak followers, rakan-rakan, alumni sekolah serta sesiapa saja yang mahu menyumbang bagi membantu meringankan beban sekolah akibat bencana banjir,” tulisnya di Instagram beberapa jam yang lalu.

Menurut hantaran berkenaan, gambar bangunan sekolah tersebut difahamkan diambil di SMK Clifford, Kuala Lipis dan hampir keseluruhan bangunan seperti srama, surau, dewan, pejabat guru, galeri, padang dan kantin, sudah tidak kelihatan kecuali bumbung sahaja.

v

Kuala Lipis antara daerah teruk terjejas

Sementara itu, menurut laporan Buletin 1.30 TV3 pada tengahari tadi, daerah Kuala Lipis turut tersenarai sebagai antara daerah yang paling terjejas dengan keadaan banjir di negeri itu ketika ini.

Malah, bilangan penduduk negeri berkenaan yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri pula meningkat sehingga lebih 17,000 orang setakat pagi tadi berbanding hanya sekitar 14,000 orang sebelum ini.

Dengan Kuala Lipis kini tersenarai sebagai daerah kedua yang paling terjejas akibat banjir, Siti Nurhaliza dalam hantaran berkenaan berharap agar mereka yang berkemampuan untuk tampil memberikan sumbangan.

Beliau yang kebiasaannya akan turun padang sendiri untuk membantu mangsa banjir menjelaskan tidak mampu untuk berbuat demikian kali ini kerana keadaan dirinya yang tidak mengizinkan.

“Kala ini, dengan keadaan saya sekarang, mungkin saya tidak dapat turun padang seperti lazimnya untuk melihat sendiri keadaan banjir.

“Namun saya titipkan doa dan membantu apa yang termampu kerana memahami keadaan sukar buat semua mangsa banjir,” kongsi beliau di Instagram.

Baca juga perkongsian semasa kami mengenai banjir ketika ini melalui pautan di bawah. 

Netizen Terharu Orang Kampung Sanggup Beri Makanan Percuma Buat Mangsa Terkandas Di Pahang

https://www.thevocket.com/nasib-baik-ada-hilux-permaisuri-agong-kongsi-gambar-turun-padang-bantu-rakyat-dilanda-banjir/

Sumber