Nilai kriptowang ketika ini masih dalam keadaan tidak stabil. Hal ini sekaligus menyebabkan sejumlah syarikat dan individu yang melabur di dalam kriptowang turut terjejas teruk.

Terbaharu, bilionair kriptowang dan juga merangkap CEO FTX iaitu Sam Bankman-Fries kini mengalami kehilangan sebanyak 94% nilai kekayaannya iaitu sebanyak $14.6 bilion (~RM68.63 bilion) hanya dalam tempoh satu malam sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: The Intercept

Kejadian ini juga adalah kehilangan kekayaan terbesar di dalam sejarah yang pernah direkodkan oleh Bloomberg. Perkara ini sangat mengejutkan kerana beliau merupakan orang lama di dalam industri blockchain dan sering menjadi rujukan ramai.

Pada minggu lalu, beliau telah tersenarai antara bilionair kriptowang yang berjaya dan semuanya berubah dalam sekelip mata sahaja. Semua ini berlaku ekoran empayar beliau telah dibeli oleh pesaingnya iaitu pengasas Binance kerana mahu menyelesaikan isu kewangan dalaman yang dihadapi oleh syarikat FTX.

Bahkan, krisis FTX ini telah menyebabkan dua token utama iaitu Solana dan FTT mengalami penyusutan nilai yang besar dan juga memberi kesan kepada pasaran kriptowang semasa. Malah, pemilik kriptowang SOL dan FTT mula menjual sejumlah kriptowang yang dimiliki kerana tidak mahu menanggung kerugian dalam jangka masa panjang.