Salah seorang bilionair kriptowang yang hangat dibincangkan oleh netizen pada ketika ini iaitu Sam Bankman-Friend sedang berada di dalam situasi seperti telur di hujung tanduk kerana bakal difailkan bankrap di mahkamah Amerika Syarikat.

Menerusi laporan terbaharu, nilai kekayaan yang dimiliki oleh Sam Bankman-Fried yang berjumlah $16 bilion (~RM74 bilion) pada beberapa hari lepas kini sudah menurun sehingga ke kosong. Keseluruhan kekayaan beliau telah hilang serta-merta dalam tempoh singkat ekoran kejatuhan syarikat FTX miliknya.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Watcher Guru

Malah, beliau juga dilaporkan telah meletakkan jawatan sebagai CEO di syarikat FTX kerana terlibat di dalam krisis kecairan aset syarikat yang kritikal. Bukan itu sahaja, syarikat FTX dikatakan telah meminjam sejumlah besar wang daripada pelbagai entiti dalam usaha untuk menyelesaikan isu tersebut namun tidak berhasil.

Dalam tempoh beberapa hari sahaja, syarikat FTX berubah daripada penilaian $38 bilion (~RM175.8 bilion) kepada muflis apabila kecairan mula kering ekoran pelanggan menuntut pengeluaran dan pertukaran saingan Binance pula tidak berminat untuk memperolehinya.

Dengan ini, beliau telah jatuh miskin malah lebih teruk lagi terpalit dengan kes pengendalian aset yang bermasalah sewaktu memegang jawatan di syarikat FTX. Kes beliau sedang dibincangkan bersama pihak berkaitan dan pengganti CEO FTX juga akan turut membantu melancarkan proses prosiding mahkamah itu.