Nota Editor: Kisah ini diceritakan oleh Cik Ezzaty Amin, dan dialih bahasa oleh Vocket dengan kebenaran beliau. Semoga kisah ini menjadi inspirasi untuk kita terus berbuat baik kepada semua insan – tidak kira yang dikenali, atau mereka yang asing di mata.

ezzaty-amin

IMG_0368
HYPE
Apa Yang Boleh Dijangka Daripada Intipati Belanjawan Selangor 2020?
Baca lagi →

Harga Tiket RM2

Hari ini saya pergi ke Shah Alam untuk berjumpa dengan kawan-kawan, saya ambil KTM dari Batu Caves ke Shah Alam. Semasa beratur, seorang pakcik berbaris di belakang saya.
“Assalamualaikum pakcik, nak pergi mana?”

Dia senyum semula dan menjawab, “Shah Alam.”

“Oh, samalah kita!”

Saya beli satu tiket dewasa dan satu tiket warga emas (kerana beliau berusia 68 tahun). Dia tergamam, dan saya pun berkata, “It’s okay pakcik, saya belanja.”

Sepanjang perjalanan, kami berbual-bual dan pakcik berikan saya kad bisnes beliau. Saya tak berikan perhatian sangat dan terus menyimpannya ke dalam dompet. Kami berborak tentang keluarga, karier, pakcik beritahu dia adalah seorang mualaf dari Sabah, dan meminta saya tasmi’ bacaannya, Surah Luqman ayat 1-15.

BACA: Lelaki Ini Memandu Sejauh 180 Kilometer Untuk Menyelamatkan Nyawa Orang Yang Tidak Dikenalinya

Nak dipendekkan cerita, beberapa ketika sebelum kami berpisah, pakcik bertanya, “Buku apa tu? Boleh pakcik tengok?”

Saya kata, “Boleh,” dan berikan beliau buku itu (Langit Ilahi oleh Hilal Asyraf). Setelah kami sampai ke destinasi kami, pakcik ini berkata, “Jadi orang baik, ikhlas, pakcik akan doakan kamu di Mekah,” (dia akan terbang untuk menjalani ibadah haji Ahad ini).

FB Ezzaty Amin

Apabila saya sampai di rumah, saya terjumpa RM300 dalam buku Langit Ilahi itu. Apabila saya lihat semula pada kad bisnes pakcik, rupa-rupanya beliau adalah seorang Kapten dan Pengarah Projek untuk Syarikat Kejuruteraan Marin dan Dredging.

Mungkin kerana itulah dia membayar tiket RM2 dengan harga RM300.

Tuhan telah berjanji, kita tidak akan menjadi miskin dengan memberi sedikit dari harta kita untuk kebajikan.

Semoga Allah membimbing kita semua.

BACA Lagi: Wajah Insan Berhati Mulia Yang Memberi Kereta Kepada 4 Beranak Ini

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka