Ahli perniagaan yang berjaya menjadi idola ramai nampaknya berjaya menjadi semakin kaya selepas tweet yang beliau muat naik di Twitter membuatkan beliau $1.4 bilion (RM5.72 bilion) lebih kaya.

Beliau turut mengumumkan dimana beliau bakal usahakan agar saham Tesla didagangkan sekitar $420 serta mengesahkan beliau telahpun menerima dana yang mencukupi.

Tweet yang dimuat naik beliau nampaknya berjaya memberi insyarat buat para pelabur untuk terus membeli saham Tesla dengan drastik sekaligus menguntungkan Elon Musk. Dianggarkan sehingga kini aset dan harta beliau kini bernilai $25.8 bilion (RM105.39 bilion).

Jelas sekali media sosial memain peranan penting di dalam kehidupan sesetengah individu berpengaruh dunia. Sebelum ini, Elon Musk telah memilih untuk tidak menggunakan Facebook serta memadamkan Pages Tesla di laman media sosial berikut menyebabkan orang ramai mengikutnya seterusnya membuatkan saham syarikat tersebut turun.