Siapa yang tidak suka aiskrim di sini? Aiskrim boleh dikatakan pencuci mulut kegemaran ramai orang dan boleh dinikmati setiap golongan umur.

Pelbagai perisa aiskrim yang dijual seperti coklat, vanila, keladi, cili dan sebagainya. Akan tetapi, kecoh di media sosial apabila ada kedai yang menjual aiskrim berperisa paracetamol.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

7b8d3751-1980-4e28-9662-cb1e6f109a8e

Betul, ada tidak salah lihat. Sedia maklum, kebiasaannya paracetamol diambil ketika demam atau sakit kepala, tetapi kini paracetamol diperkenalkan dalam bentuk aiskrim.

Difahamkan, aiskrim perisa paracetamol ini dijual di sebuah kedai di Indonesia. Rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi dan ada yang teruja ingin ketahui rasa aiskrim tersebut.

Malah, ada juga yang dapat merasakan rasa aiskrim ini tidak sedap kerana rasa paracetamol yang pahit. Jika aiskrim ini dijual di Malaysia, adakah anda akan mencubanya?

Tahukah anda bahawa aiskrim kegemaran ramai Viennetta sudah kembali di Malaysia? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Hampir 15 Tahun Menghilang, Aiskrim Walls Viennetta Buat ‘Comeback’ Di Malaysia

7-Eleven Malaysia Lancar Aiskrim Perisa Unik ‘Cili Dan Limau’

FamilyMart Perkenalkan Aiskrim Perisa ‘Belgian Dark Chocolate’ Edisi Terhad

Sumber