Penularan wabak coronavirus menjadi ketakutan ramai pihak dan juga menyebabkan rasa panik di seluruh dunia. Sebelum ini juga, kecoh apabila gambar di Wuhan yang bertukar menjadi ‘ghost town’ tular di media sosial.

Terbaharu, sebuah hospital di bandar Huanggang telah dibuka secara rasmi untuk menempatkan pesakit yang terkena jangkitan coronavirus. Para pekerja dan sukarelawan mengambil masa 2 hari untuk mengubahsuai dan meletakkan peralatan serta katil yang diperlukan di hospital tersebut.

IMG_2966
HYPE
Jenama Qaysaa Jelajah Sepanyol, Pink La Muralla Roja Jadi Pilihan ‘Photoshoot’ Raya 2020
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, hospital terbabit sebenarnya dibina sebagai cawangan baharu untuk Pusat Huanggang dan sepatutnya dibuka pada bulan Mei nanti. Kemudiannya, ia diubah suai untuk menempatkan pesakit coronavirus.

Hospital yang baru sahaja beroperasi itu boleh menempatkan 1,000 pesakit dan telah dibuka secara rasmi hari ini. Hospital tersebut sebenarnya dirasmikan dan disiapkan awal dari masa yang ditetapkan kerana penularan wabak coronavirus.

Malah, kumpulan pertama pesakit yang terkena jangkitan telah mula dipindahkan ke hospital tersebut pada jam 10.30 malam tadi waktu tempatan.

Justeru itu, pihak berkuasa telah mengarahkan agar menggunakan bangunan tersebut untuk merawat pesakit coronavirus sahaja.

Difahamkan bahawa terdapat 3 buah hospital lagi akan dibuka dan dalam pembinaan di Wuhan dan Zhenzhou. Menurut laporan China Daily, pembinaan hospital baharu tersebut dijangkakan akan siap pada 3 Februari 2020 dan akan menempatkan 1,300 katil.

Ketika virus SARS yang berlaku pada tahun 2003, hospital Xiaotangshan telah dibina dalam masa seminggu sahaja. Tidak mustahil jika hospital dapat disiapkan dalam masa seminggu kerana banyak bangunan di China pernah dibina dalam masa yang singkat.

Pembinaan hospital ini menggunakan pembinaan bangunan pasang siap dimana bahagian bangunan telah dipasang dahulu di lokasi berbeza sebelum dibawa ke lokasi pembinaan dan dipasangkan di sana.

Saat ini, kes yang dilaporkan positif coronavirus makin meningkat iaitu mencecah 6,052 kes dan menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 131 orang. Diharap coronavirus ini dapat dikawal dengan kadar segera dan penawarnya dijumpai.

Sementara itu, baca artikel berkaitan coronavirus di Vocket pada pautan di bawah ini. 

Wuhan Bertukar ‘Ghost Town’ Kerana Wabak Coronavirus

Mahu Elak Coronavirus Merebak, China Masukkan Pesakit Dalam ‘Keranda Plastik’

3 Cara Lindungi Diri Daripada Wabak Coronavirus Anda Wajib Tahu

Anda Mungkin Suka