Neelofa dihimpit kontroversi apabila didakwa melakukan pelanggaran SOP PKPB dan juga merentas negeri. Terbaharu, isu rentas negeri melibatkan Neelofa dan suaminya ke Nilai 3 tidak dibawa ke mahkamah selepas mengambil kira kajian yang dilakukan Pejabat Peguam Negara (AGC).

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, siasatan melibatkan kes tersebut telah dirujuk kepada AGC di Putrajaya sebelum ini.

Lantaran itu, tiada tuduhan rentas negeri dikenakan terhadap Neelofa dan suami tetapi keduanya dituduh di Mahkamah Majistret Seremban semalam atas kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Difahamkan, pasangan selebriti itu dituduh gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera di kedai karpet yang dikunjungi mereka di Nilai 3 pada 2 Mei lalu. Malah, PU Riz juga berdepan satu lagi tuduhan, iaitu tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Walau bagaimanapun, pasangan itu mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan serta dibenarkan ikat jamin sebanyak RM15,000. Mahkamah kemudian menetapkan 4 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Neelofa dan keluarga pada pautan di bawah ini.

Berhimpun Dan Beraya Sakan, Neelofa Sekeluarga Didakwa Langgar SOP Sekali Lagi

Selepas 33 Hari Disiasat, Pasangan Neelofa Dan PU Riz Dikenakan Kompaun RM30,000 Tanpa Diskaun