Ketika ini, ramai yang mula serlahkan kreativiti dengan memuat naik pelbagai konten di TikTok. Apabila sudah muat naik konten, pastinya ramai berharap akan mendapat ramai pengikut dan ‘likes’.

Terbaharu, video pengguna TikTok @anhtrantan tidak buat apa-apa dan hanya memandang kamera berjaya mendapat perhatian ramai orang. Mana tidaknya, video yang dikongsikan olehnya ditonton lebih 20 juta tontonan.

@anhtrantan

♬ Nhìn màn hình đi nào – Bé Là Wolf 🇻🇳

Siapa sangka, video beliau yang tidak berbuat apa-apa berjaya meraih jumlah tontonan seperti itu. Untuk pengetahuan anda, Anh Tran Tan dari Vietnam itu sentiasa memuat naik video dirinya tidak buat apa-apa dan diiringi dengan lagu Vietnam.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang seolah tidak percaya ‘content’ seperti itu mampu meraih lebih 20 juta tontonan. Malah, ramai orang yang tertanya-tanya bagaimana video beliau mendapat sambutan hangat.

Screenshot 2020-10-05 at 10.14.12 AM

Screenshot 2020-10-05 at 10.12.23 AM

Apakah pendapat anda akan video yang dikongsikan oleh beliau? Tanpa perlu ‘effort’ untuk hasilkan konten, beliau mampu untuk meraih jumlah tontonan yang banyak.

Sebelum ini, seorang lelaki tampil dengan ‘live stream’ tutorial tidur dan meraih tontonan puluhan ribu. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Raih Tontonan Puluhan Ribu, ‘Live Stream’ Tutorial Tidur Lelaki Ini Buat Netizen Terhibur

Hotel Di Jepun Tawar Bilik Hanya RM4.95 Semalam Tetapi Ini Syarat Pelik Yang Anda Perlu Setuju