Semalam tular ‘rakaman CCTV’ seorang pelajar sekolah rendah yang dikongsi oleh pengguna Facebook di mana video ini mendapat respon pelbagai daripada netizen.

Video ini dikongsi buat pertama kali oleh personaliti television, Ally Iskandar. Dalam masa hanya sehari, video berkenaan telah dikongsi sebanyak 35,000 kali dan turut dimuat naik oleh laman-laman Facebook yang lain.

Okay ini anak siapa ni?

Posted by Ally Iskandar on Wednesday, 8 August 2018

Ramai memuji tindakan adik pengawas berkenaan yang memberi tempat duduknya kepada seorang wanita yang sedang mengandung. Tindakan adik pengawas itu dipuji oleh netizen dan ‘abang-abang’ di tempat duduk depan adik pengawas dikecam teruk kerana dikatakan tidak prihatin dan mementingkan diri sahaja.

Namun saudara Fazly Hafiz Yahya berkongsi pula gambar di bawah ini yang menerangkan video berkenaan hanyalah sekadar eksperimen sosial untuk melihat reaksi orang ramai.

adik pengawas

Buat masa ini, individu disebalik rakaman video eksperimen sosial yang padu ini masih belum diketahui dan kemungkinan besar adalah idea dari sendiri Ally Iskandar. Tuan punya badan masih belum buat sebarang kenyataan buat masa ini.

Harap kita semua dapat menjadikan adik pengawas ini sebagai contoh. Jika menaiki kenderaan awam, utamakan mereka yang lebih memerlukan untuk duduk. Buat anda yang panas hati dengan abang-abang depan adik pengawas ini, boleh cool down dahulu. Mereka tidak bersalah dalam video ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group