Kenderaan merupakan salah satu harta benda yang paling banyak terjejas akibat banjir besar yang berlaku baru-baru ini. Pihak PIAM dan MTA telah pun meminta orang ramai menyemak semula sijil/polisi untuk proses membuat tuntutan insuran.

Baru-baru ini tular beberapa keping gambar seorang pemilik Mercedes-Benz AMG A 45S berjaya menyelamatkan keretanya daripada ditenggelami air banjir dengan menggunakan beberapa timbunan rim kertas A4.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber Gambar: Facebook Malaysia Automotive Shitposting
Sumber Gambar: Facebook Malaysia Automotive Shitposting

Hantaran Facebook itu telah meraih ratusan komen dan lebih 2,000 kali perkongsian oleh pengguna media sosial yang lain. Rata-rata ramai yang memberikan pelbagai reaksi terhadap ‘kebijaksanaan’ pemilik kereta Mercedes tersebut.

Orang ramai menyatakan lebih baik ‘korbankan’ beberapa rim kertas A4 daripada membiarkan keretanya yang bernilai kira-kira RM437,673 (tanpa kos-kos lain) ditenggelami air banjir.

Sumber Gambar: Facebook Malaysia Automotive Shitposting
Sumber Gambar: Facebook Malaysia Automotive Shitposting
Sumber Gambar: Facebook Malaysia Automotive Shitposting
Sumber Gambar: Facebook Malaysia Automotive Shitposting
Sumber Gambar: Facebook Malaysia Automotive Shitposting
Sumber Gambar: Facebook Malaysia Automotive Shitposting

Walaupun nampak seperti kelakar, namun tindakan lelaki ini berjaya menyelamatkan keretanya dan tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang untuk membaikinya.

Selalunya keadaan terdesak dapat membuatkan kita lebih trigger untuk mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang sedang berlaku secara tiba-tiba. Siapa sangka beberapa susunan rim kertas A4 berjaya menyelamatkan sebuah kereta bernilai hampir setengah juta ringgit.

Lihat seorang dermawan ini telah menggunakan trak berharga lebih RM3.2 juta untuk memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir baru-baru ini.

Utamakan Mangsa Banjir, Lelaki Ini Guna Brabus G700 6×6 Untuk Hantar Bantuan

Status Halal Jadi Pertikaian Segelintir Netizen, Dr Zulkifli Jawab Isu Makan Masakan Gurdwara

‘Saya Halalkan Perbuatan Mereka’- Pengarah Urusan Jawab Isu Mydin Dipecah Masuk Oleh Mangsa Banjir

Sumber