Chef terkenal negara Chef Wan baru-baru ini berkongsikan beliau tidak menggunakan sebarang penambah perasa MSG di setiap dapur restoran miliknya.

Sebaliknya, beliau menjelaskan hanya menggunakan perasa semula jadi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang digunakan dalam masakannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Bila chef saya bertanya kepada saya tadi ‘Chef Wan jika kurang power kuah mee rebus ini tak boleh ke kita guna Aji moto?’

“Saya jawab ‘saya haramkan MSG in all my restaurant ever!” jelasnya.

Perkongsian itu dimuatnaik Chef Wan di akaun Instagram-nya _chefwan58 beberapa hari lalu.

Semula jadi lebih baik

Walaupun mengakui penggunaan MSG sangat sinonim dalam kalangan masyarakat terutama pengusaha kedai makan, Chef Wan bagaimanapun menjelaskan beliau tidak menggunakan bahan tersebut.

Sebaliknya beliau menjelaskan hanya menggunakan perasa yang diperoleh daripada bahan-bahan masakan yang digunakan kerana menurutnya itu adalah pilihan yang terbaik.

“Jika anda mula memasak dengan bahan yang segar dan terbaik, kenapa anda memerlukan penambah perasa?

“Memasak makanan dengan perasa semula jadinya adalah cara yang terbaik,” pesan chef tersohor itu.

Baca juga perkongsian kami mengenai restoran ini yang menggunakan sup yang sama untuk mengekalkan rasa sejak berpuluh tahun lalu melalui pautan di bawah. 

Guna Sup Yang Sama Selama 46 Tahun Beri Rasa Unik Buat Bihun Sup Di Restoran Ini

Che Nom Izinkan Orang Ramai Guna Resipi Dan Gambar Masakan Untuk Berniaga

10,000 Botol Dalam Masa Sejam, Sambal Khairulaming ‘Sold Out’ Diborong Peminat

Sumber