Siapa sahaja pasti mengimpikan tubuh badan yang ideal dan sihat. Ramai di luar sana yang sanggup buat macam-macam cara untuk kurus sehingga ada yang menjejaskan kesihatan.

Tapi anda tahu tak sebenarnya tidak susah pun hendak kurus dan sihat, yang penting anda mestilah seorang yang bersabar dan KONSISTEN. Bukan sehari bersenam sahaja boleh kurus ya? Inii kami mahu share dengan anda pengalaman dua orang penulis kami yang menyahut cabaran berjalan setiap hari dan bagaimana aktiviti itu bantu mereka turunkan berat badan dan kekal sihat!

“Saya tak sangka jalan pon boleh turun berat,” kata Mastura.

Mastura dan Asyraf merupakan dua orang penulis yang mempunyai aktiviti harian yang berbeza tetapi persamaan mereka ialah bekerja di pejabat dan sukar mencari masa untuk membuat aktiviti mengeluarkan peluh. Cabaran mereka ialah berjalan 10,000 langkah sehari.

Kalau anda hendak berjalan 10,000 langkah ini bersamaan dengan 6.5 kilometer dan daripada aktivti berjalan ini sahaja anda boleh membakar 380 kalori (sekeping roti canai).

Mastura kata dia siap turun berat badan walaupun berjalan sahaja. Apa agaknya aktiviti harian yang mastura dan Asyraf buat selain jalan kaki?

[Hari Pertama] Isnin, 15 Julai 2019

Skechers OB 1

Mastura: Aktiviti harian saya ialah setiap hari berjalan ke pejabat dan purata aktiviti jalan kaki sehari saya ialah 5,000 langkah. Jadi sebab saya sahut cabaran ini, saya kenalah tambah langkah saya dengan jalan kaki sekeliling kawasan Uptown. Hasil akhir saya 9,921 untuk hari pertama. Okaylah.

Asyraf: Saya setiap hari ke pejabat dengan motosikal, so saya memang tak banyak jalan kaki. Saya pergi ke Curve sahajalah nak jalan lebih sikit. Yelah, kalau masuk mall ni, kena jalan-jalan pusing tengok barang. Tak sangka pula saya dapat 10,670 langkah hanya dengan jalan dalam mall sahaja.

[Hari Kedua] Selasa, 16 Julai 2019

Skechers OB 2

Asyraf: Saya orang Shah Alam, tapi I-City pun jarang pergi. Jadi, hari ini saya jalan-jalan di I-City, kawasan ini boleh tahan besar siap ada laluan pejalan kaki pergi mall. Di I-City sahaja, saya berjaya dapat 10,767 langkah.

Mastura: Hari kedua saya buat aktivti mingguan iaitu beli barang rumah, tak sangka jalan-jalan pusing pasaraya cari barang keperluan pun boleh capai 10,837 langkah. Saya tak sangka pula selama ini saya banyak berjalan di dalam sana.

[Hari Ketiga] Rabu, 17 Julai 2019

Skechers OB 3

Mastura: Habis office hour selalunya saya terus balik rumah, tapi hari ini saya singgah taman permainan dan jalan-jalan di laluan yang disediakan sambil feeling-feeling dengar lagu. Tup-tup tengok sudah 11,439 langkah saya lakukan. Wow!

Asyraf: Aktiviti wajib saya setiap Rabu ialah pergi ke pasar malam Saujana Utama, Shah Alam. Sudahlah besar pasar malam ni pusing-pusing pilih makanan sahaja saya dapat 10,511 langkah. Macam tak percaya pula.

Jalan banyak tapi kaki tak sakit pun.

Skechers OB 3.5

Dah hari ketiga cabaran. kami okay sahaja berjalan. Selalunya kalau jalan banyak-banyak ni mesti sakit kaki. Nampaknya kami membuat pilihan kasut yang tepat dengan menggunakan kasut Skechers Gowalk 5 ini.

Tapaknya yang mempunyai Air Cooled Goga Mat membantu menyerap tekanan semasa berjalan. Jadi, kaki pun tak sakit!

[Hari Keempat] Khamis, 18 Julai 2019

Skechers OB 4

Asyraf: Hari ni saya ke Uptown Shah Alam, banyak rupanya kedai dan makanan yang best dekat sini. Pusing Uptown sahaja, saya berjaya buat 10,650 langkah.

Mastura: Hari keempat saya buntu sikit nak jalan ke mana. Jadi saya pun paksalah officemate buat food hunting. Nasib baik tempat kerja kami banyak tempat makan yang menarik dan viral. Jalan-jalan cari makanan sahaja pun sudah 11,602 langkah tau. (Food hunting dibuat selepas waktu bekerja)

[Hari Kelima] Jumaat, 19 Julai 2019

Skechers OB 5

Mastura
: Sebab rutin saya ialah balik Shah Alam setiap hujung minggu, jadi kalau selalu saya tumpang kakak, kali ini saya balik naik pengangkutan awam dari Damansara ke Shah Alam. Fuhh, sesak jugalah. Nasib saya survive, siap dapat buat 14,202 langkah!

Asyraf: Hari Jumaat yang dinantikan sebab esoknya cuti! Habis sahaja waktu kerja saya terus ke Setia City Mall di Setia Alam. Bukan sebab saya nak shopping tahu, tapi sebab saya nak jalan-jalan di sekitar tasik yang terletak berhadapan dengan pintu masuk mall. Jalan-jalan pun dapat 11,951 langkah.

[Hari Keenam] Sabtu, 20 Julai 2019

Skechers OB 6

Asyraf: Apa yang menarik lagi kat Shah Alam? Hah, kali ini saya ke Taman Botani Negara, Shah Alam. Banyak aktiviti boleh buat kat sini. Tapi saya mestilah pilih untuk berjalan. Banyak pokok-pokok yang cantik dan haiwan yang anda boleh tengok. Saya punya terleka sampai tak sedar sudah buat 12,414 langkah hari ini.

Mastura: Hujung minggu, daripada tak buat apa-apa kat rumah saya pergi ke Hutan Eco Rimba, Kuala Lumpur. Sudahlah dapat hirup udara segar tengah-tengah bandar laluan kat sini pun best tau, ada jambatan gantung yang boleh nampak kawasan sekitar Kuala Lumpur. Jalan di sini sahaja saya dapat 12,778 langkah.

[Hari Ketujuh] Ahad, 21 Julai 2019

Skechers OB 7

Mastura: Hari terakhir, saya try acah-acah jadi touritst. Saya ke Bukit Bintang, Muzium Seni Visual, Pasar Seni dan Central Market. Dia punya berpeluh jangan cerita tapi yang seronoknya saya dapat buat 18,915 langkah.

Asyraf: Hujung minggu saya selalunya berehat sahaja di rumah, tapi sebab semangat nak habiskan cabaran, saya bawa kucing saya jalan-jalan di taman berdekatan rumah. Jalan dengan kucing pun saya dapat buat 13,288 langkah. Rupanya tak susah pun nak sihat ni. Asalkan kita kena rajin!

Skechers Gowalk 5 kasut terbaik untuk berjalan!

Skechers OB Down

Anda tahu tak, kalau kami tak dapat cabaran untuk buat 10,000 ribu langkah ni, kami tak yakin kami mampu berjalan lebih 10,000 ribu langkah sehari. Tapi apa yang anda kena tahu, pemilihan kasut haruslah tepat supaya anda selesa bila berjalan dan tak bebankan kaki.

Sebab tulah kami pilih Skechers Gowalk 5 untuk dipakai kerana GoWalk 5 ialah kasut dengan teknologi dual-density Ultra Go Outsole yang dilengkapi Comfort Pillar Technology. Ia membuatkan kaki anda sangat selesa dan langsung tak rasa sakit kalau berjalan jauh sekalipun. Buktinya, kami berdua siap terlebih berjalan lagi ada lah.

Mastura baru jalan seminggu sudah berjaya turun 2kg. Kalau konsisten boleh turun lagi. Tetapi yang penting jangan malas mahu berjalan, tak susah pun nak amalkan gaya hidup sihat.

Boleh cuci guna washing machine!

Selain itu, kasut Skechers Gowalk 5 ini juga dihasilkan menggunakan material yang breathable dan dilengkapi dengan Air Cooled Goga Mat tau. Menariknya, walaupun kami pakai dari pagi sehinggalah ke malam hari, serius kaki tak berpeluh dan tetap rasa selesa.

Paling best, kasut ni juga sangat mudah dibersihkan sebab ia dapat dicuci dengan mesin basuh je. Nampaklah memang Skechers Gowalk 5 ini berkualiti dan tahan lasak!

Skechers OB Down 2

Apa pun, kami berdua memang recommend anda untuk miliki kasut Skechers Gowalk 5 ini sebab ianya sesuai dan sangat selesa untuk dipakai terutamanya bagi anda yang suka berjalan jauh termasuklah kalau nak ke tempat kerja sekalipun. Sebarang maklumat lanjut tentang produk Skechers, anda boleh layari laman sesawang SKECHERS!