Selepas tular dua pegawai mereka didakwa sebagai ‘pegawai daripada Kementerian Dalam Negeri’ atau KDN yang didakwa cuba untuk melakukan rompakan dari rumah ke rumah sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini tampil menafikan perkara tersebut.

Kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan sesetengah netizen itu, KKM menjelaskan dua kakitangan itu adalah Penolong Pegawai Kesihatan dan Pembantu Kesihatan Awam yang sebenarnya sedang bertugas.

Jelas KKM, ketika hari kejadian pada 9 Januari itu, kedua mereka sedang melakukan Active Case Detection (ACD) bagi Malaria dan telahpun mematuhi semua prosedur yang telah ditetapkan.

Dalam kiriman asal yang tersebar di Whatsapp sebelum ini, kedua-dua petugas itu digambarkan sebagai ‘perompak’ dan orang ramai diminta berhati-hati sekiranya didatangi mereka.

kkm10
FOTO: PKA- Pembantu Kesihatan Awam Facebook

Tidak mahu perkara tersebut berulang, pihak KKM kata mereka telah membuat laporan polis kerana mengganggu tugas penjawat awam dan memfitnah.

“Jika ia melibatkan isu keselamatan, orang awam boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau pihak Polis jika merasa ragu-ragu dan bukannya bertindak seperti ini,” jelas KKM dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita sepatutnya patuh kepada kempen serta arahan yang dilakukan oleh KKM seperti netizen yang gembira dengan tindakan mereka mengenakan saman terhadap perokok sebelum ini seperti yang kami pernah tulis sebelum ini.

Netizen Gembira KKM Mula Saman Perokok Ingkar Arahan Merokok Di Premis Makanan

Penjara Dua Tahun Jika Ingkar Larangan Merokok Mulai Januari 2020

KKM Jawab Isu Dakwaan Ceroboh Klinik Milik Doktor Pakar Di Kuala Lumpur