Kami tahu ramai orang suka nikmati ayam goreng yang sedap dan lazat. Lagi-lagi makan ayam goreng ketika panas-panas, memang ‘kick’ rasanya.

Ayam goreng jalanan merupakan antara pilihan ramai rakyat Malaysia kerana mudah untuk didapati dan murah. Menerusi satu temubual Free Malaysia Today, kisah peniaga ini menjual ayam goreng RM1 berjaya menarik perhatian kami.

Mana tidaknya, peniaga ayam goreng RM1 ini berjaya menjana pendapatan RM15,000 sebulan. Mat Tohid Abdul Kadir merupakan pemilik perniagaan ayam goreng tersebut memulakan perniagaan pada tahun 2017 selepas perniagaan ayam goleknya tidak menjadi.

Akan tetapi, keuntungan tersebut bukanlah sentiasa kerana bergantung kepada musim. Menurut beliau, ekonomi yang tidak menentu sekarang memberikan inspirasi untuk beliau mula berniaga ayam goreng berharga RM1 agar orang ramai mampu beli.

Untuk anda yang ingin mencuba ayam goreng ini, anda boleh cuba di Keramat dimana ia dibuka setiap Isnin sehingga Jumaat pada jam 11 pagi hingga petang. Selain daripada ayam RM1, pelbagai jenis ayam berperisa turut dijual seperti ayam berkeju dan Spicy Korean Chicken.

Jika anda menonton siri dan filem Upin & Ipin, pasti anda tahu ayam goreng merupakan kegemaran mereka. Tahukah anda bahawa Les’ Copaque kongsi imej Upin & Ipin dengan rambut?

Les’ Copaque Kongsi Imej Rasmi Upin & Ipin Dengan Rambut

Pedas Sangatkah ‘Ayam Goreng Extra Spicy 3X’ McDonald’s Ini?

Bagaimana Ayam Goreng Korea Ini ‘Viral’ Dengan Hanya ‘Meninggalkannya’ Di Dalam Bas

Sumber