Ketika negara lain bergelut dengan wabak COVID-19 sehingga mencatat jumlah kes sebanyak empat angka sehari, New Zealand yang mengambil tindakan lebih awal dilaporkan telah bebas daripada COVID-19 sepenuhnya. Malah, beberapa acara sudah mulai diadakan tanpa memerlukan rakyatnya memakai pelitup muka.

Walau bagaimanapun, negara ini sekali lagi menerima pertambahan kes baru-baru ini di Bandar Auckland melibatkan sebuah keluarga kecil terdiri daripada pasangan suami isteri dan seorang anak kecil.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Prime Minister Jacinda Ardern Gives COVID-19 Update After New Community Cases Reported In Auckland

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern telah mengumumkan perintah lockdown di bandar Auckland selama tiga hari berturut-turut. Lockdown yang melibatkan 1.7 juta rakyat Auckland ini memerlukan mereka berkurung di rumah bermula 15 Februari sehingga 17 Februari.

Difahamkan langkah drastik yang dibuat oleh Jacinda Ardern ini bertujuan bagi mengelakkan daripada penularan wabak COVID-19 yang mungkin merebak sekaligus membuatkan tempoh perintah lockdown terpaksa dilanjutkan.

ezgif-6-bb26b89e80a3

Meskipun langkah yang dibuat mendapat pujian orang ramai termasuk rakyat di negara luar, arahan yang dibuat nampaknya kurang disenangi sekumpulan rakyat Auckland yang menolak perintah lockdown sekaligus menjalankan demonstrasi di luar pejabat Perdana Menteri New Zealand ini. Setakat ini, pihak polis sedang memantau kumpulan ini bagi memastikan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Tular pada minggu ini apabila Tesla yang diketuai manusia terkaya dunia didakwa mengamalkan budaya yang tidak sihat di tempat kerja.

Bekas Pekerja Kongsi Budaya Kerja Tidak Sihat Sepanjang Di Tesla

Dakwaan Matahari Akan Terbit Dari Sebelah Barat Adalah Palsu, Lapor NASA

Sumber