Selain hotel dan homestay, ramai orang memilih untuk menyewa menginap di Airbnb kerana kemudahan serta keunikan yang ditawarkan kepada pelanggannya. Boleh dikatakan banyak penginapan Airbnb yang menawarkan keunikan tersendiri dan harganya juga berpatutan.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Myra Suhaimi telah berkongsi ‘review’ menginap di sebuah Airbnb yang indah khabar dari rupa berdekatan MSU Shah Alam. Menerusi perkongsiannya di sebuah group Hotel Review Malaysia, dia meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan penginapannya.

Baca Juga:

Mana tidaknya, keadaan penginapan tersebut tidak sama seperti yang diiklankan oleh host iaitu sebuah penginapan berkonsepkan mewah dan penginapan yang dia dapat seperti rumah didiami penyewa pengotor. Bukan sahaja ada sisa-sisa makanan dalam peti ais, berus gigi juga ada di dalam bilik air, siling pecah dan banyak lagi.

Tidak hanya itu, penginapan tersebut juga sepatutnya mempunyai 3 bilik tetapi hanyalah 2 bilik, tidak seperti diiklankan. Malah, dia juga terpaksa membayar ‘extra’ iaitu RM29 untuk satu kepala walaupun telah membayar harga rumah dalam RM400.

Selepas dia ‘check-out’ dari penginapan tersebut, Myra bertindak untuk meninggalkan ‘review’ di penginapan terbabit tetapi pihak host mengugutnya untuk take down review tersebut atau Myra akan disaman sehingga RM5,000.

Susulan itu, Myra telah membuat aduan kepada Airbnb dan difahamkan host tersebut telah memadamkan akaun penginapan tersebut serta membuka akaun baru.