Seringkali kita melihat terdapat pengguna atau mungkin rakan anda sendiri yang menggunakan pelindung skrin telefon pintar atau screen protector yang retak. Antara alasan yang popular yang disebutkan apabila minta digantikan sudah pastinya malas atau tidak mempunyai masa.

Disebalik berkesan sebagai melindung skrin telefon pintar daripada mudah calar atau retak, skrin pelindung ini juga mungkin merosakkan jari anda dalam jangka masa panjang sekiranya tidak diambil serius.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kes yang berlaku ini mungkin bakal menjadi pengajaran buat orang ramai dimana seorang mangsa, Muhammad Azuan Iqbal Abdullah Sani berumur 23 tahun ini mulai sedar jarinya kanannya semakin bengkak serta semakin hitam sejak beberapa minggu lalu.

cracked-iphone.c6ad0161d6d845718d88321f9381ebc9
Sumber: cultofmac

Melihat kepada keadaan jarinya yang semakin bengkak, beliau telah mendapatkan rawatan di klinik di Puncak Alam. Alangkah terkejutnya apabila doktor memaklumkan jarinya terkena jangkitan kuman dimana beliau diarahkan untuk mula mengambil antibiotik. Beliau juga turut dicucuk sebanyak lima kali di jari bagi membuang nanah yang berada sekitar ibu jari.

Berdasarkan perkongsian, ibu jari beliau dilihat semakin parah dan dinasihatkan doktor untuk dibedah. Menurut doktor, jari beliau mungkin terpaksa dipotong sekiranya lambat mendapat rawatan.

Siapa sangka bermula dengan skrin pelindung yang retak, jari beliau terpaksa dibedah. Walau bagaimanapun, kini jarinya semakin pulih dan hanya perlu ke klinik untuk mencuci luka.

67288303_2558198104211197_8278595466434707456_n
Sumber: Facebook Eishh Rayyania

Berdasarkan perkongsian mangsa, beliau kerap bermainan game di telefon pintar sehingga lewat malam. Tidak mengedahkan skrin pelindung yang sudah empat bulan retak antara yang membuatkan beliau terkena jangkitan kuman. Beliau turut memberi saranan kepada orang ramai untuk segera menukar skrin pelindung sekiranya retak untuk mengelakkan daripada kejadian yang tidak diingini.

Sumber