Siapa sahaja yang tidak teruja untuk bercuti? Pastinya sebelum pergi melancong, anda akan semak segala kelengkapan agar perjalanan lancar.

Akan tetapi, berbeza dengan kisah pengguna Facebook Yann Ahmad ini di group Backpackers Buddies Malaysia apabila beliau berkongsi pengalaman ditahan imigresen hanya kerana keychain.

Anda tidak salah lihat, memang betul keychain. Siapa sangka, benda kecil begini boleh menyebabkan anda ditahan. Menerusi perkongsian tersebut, beliau tidak perasan pada beg beliau terdapat keychain berbentuk peluru dan disebabkan itu beliau ditahan ketika transit di Qatar.

200016910c2e25fd2daf4ba95b317e60
Gambar hiasan. Sumber: Pintrest

Kemudian, pasport beliau diambil dan diberikan kepada pegawai bertugas. Beliau berasa takut saat itu dan mungkin akan menganggap beliau sebagai seorang pengganas kerana keychain tersebut.

Beliau dibenarkan untuk meneruskan perjalanan tetapi ketika di imigresen sebelum boarding ke Qatar ke Heathrow, sekali lagi beliau diperiksa oleh pihak imigresen. Beliau berasa lega kerana berjaya melepasi tetapi masih sedikit risau jika tiba di Heathrow dan ditahan lagi.

Selepas tiba, beliau lepasi pihak imigresen dengan lancar. Pastinya perkongsian ini dapat memberikan peringatan kepada anda untuk tidak membawa barangan yang ‘pelik’ ketika ingin melancong.

Sebelum ini, pelancong dari Malaysia ada yang ditahan imigresen di negara lain. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Pelancong Malaysia Ini Ditahan Di Imigresen Korea Dan Hampir ‘Balik Hari’

Gadis Ini Kongsi Pengalaman Dihalang ‘Boarding’ Ke Perth, Australia Di KLIA2

 

Sumber