Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Tidak semua orang mampu untuk membeli barangan mewah dan dengan keadaan ekonomi sekarang, semestinya ramai sudah mula untuk berjimat cermat sebagai persediaan berdepan krisis.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @faisaljofry telah berkongsi sebuah video memaparkan dirinya yang mahu ke mesyuarat tetapi air kopi tertumpah pada kasutnya.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →
@faisaljofry

Time nak gi meeting la benda ni berlaku 😅 #fyp #dior

♬ 007 by Riot Ken – tyler funke

Lantaran itu, dia mengambil keputusan untuk membeli kasut keluaran baru berjenama berharga RM5,100 dengan bayaran secara tunai agar dirinya nampak lebih kemas ketika menghadiri mesyuarat tersebut.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Rata-rata netizen berasa terkejut kerana lelaki tersebut membeli kasut baru berjenama dengan harga yang mahal.

Tidak hanya itu, ada juga netizen yang bertindak menyindir lelaki itu dan mengatakan bahawa kasutnya itu boleh dipakai serta dibasuh nanti. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 2 juta tontonan dan lebih 138 ribu tanda suka.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Ditipu RM3,000 Oleh Rakan Dan Dibuang Keluarga, Kisah Peniaga Cendol Ini Raih Simpati Netizen

Mudah Viral Di TikTok, Khairul Aming Kongsi Bagaimana ‘Kuasa FYP’ Bantu Ramai Peniaga