Seringkali hadir dengan idea dan inovasi yang hebat dalam industri automotif dan aeroangkasa bagi syarikat Tesla dan SpaceX, kadang kala tindakan Elon Musk turut memakan dirinya serta syarikat berdasarkan sikapnya di Twitter.

Terbaharu, tweet pendek daripada beliau yang berpendapat saham Tesla terlalu tinggi telah menjadi sejarah apabila saham Tesla terus jatuh mendadak dimana nilai syarikat ini menurun $14 bilion (RM60 bilion) beberapa jam selepas tweet dimuat naik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bukan itu sahaja, tweet yang dimuat naik turut mengurangkan aset Elon Musk sebanyak $3 bilion (RM12.9 bilion) selaku individu yang memegang saham Tesla. Tindakan yang dibuat ini sekaligus mungkin membuatkan pihak lembaga pengarah Tesla membuang beliau sebagai CEO Tesla.

Lebih aneh, jawapan balas yang diberikan Elon Musk susulan harga saham Tesla jatuh mendadak nyata membuatkan orang ramai bingung. Menurut Elon, beliau tidak lagi perlukan wang sebaliknya mahu berpindah ke planet Marikh.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama Elon Musk memberi masalah buat Tesla di laman Twitter. Pada Ogos 2018, tweet beliau yang mahukan saham Tesla dijual dengan nilai $420 seunit telah membuatkan beliau dilucutkan jawatan sebagai pengerusi Tesla.

Sebagai individu penting dalam syarikat, beliau sepatutnya perlu mendapatkan pengesahan dan khidmat nasihat pihak syarikat sebelum mengeluarkan tweet mewakili syarikat.

Pada beberapa yang lalu, Elon Musk sekali lagi mencipta kontroversi dengan mahukan lockdown di Amerika Syarikat ditamatkan.

Elon Musk Cipta Kontroversi Lagi, Kali Ini Mahukan ‘Lockdown’ Di Amerika Syarikat Ditamatkan

Elon Musk Tampil Dengan ‘Gimik’ Terbaru Sempena Perasmian Kilang Tesla Di China

Cermin Retak Sewaktu Pelancaran Tesla Cybertruck Sekadar Gimik Daripada Elon Musk?