Ketika ini, ramai orang suka berkongsi aktiviti harian mereka di media sosial, sekaligus dapat berinteraksi bersama rakan dan keluarga serta orang asing melalui alam maya.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @fienajeeha telah memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya sedang menikmati sushi di restoran terkenal makanan Jepun.

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@fienajeeha/video/7169562890070969626?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139801178280494594

Video tersebut telah mendapat perhatian orang ramai apabila ada yang berkongsi tangkap layar komen-komen ‘gatal’ dilemparkan segelintir netizen di video itu. Kebanyakan komen ‘gatal’ itu menegur tentang mulut wanita itu dan gayanya menikmati sushi tersebut.

Rata-rata netizen berpendapat tidak sewajarnya segelintir kaum lelaki meninggalkan komen seperti itu dan ada juga kaum lelaki yang meluahkan rasa malu melihat sikap segelintir individu ini.

Susulan komen-komen negatif yang diterimanya itu, wanita tersebut telah menutup ruangan komen di video tersebut dan dia mengatakan bahawa berasa trauma melihat komen tersebut.