Siapa yang tidak suka melancong? Kebiasaannya ramai akan memilih untuk menaiki pengangkutan awam seperti kapal terbang, bas, keretapi dan sebagainya untuk memudahkan perjalanan.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @kapcaipackers telah berkongsi pengalamannya melancong ke kota Paris bersama isteri dengan menaiki motosikal Honda RS150R. Menurutnya, perjalanan dari Malaysia ke Paris mengambil masa selama 4 bulan sebelum penularan wabak pandemik COVID-19 di seluruh dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@kapcaipackers

Ke kota cinta bersama yang tercinta 💕🥰💕🥰. #travel #fyp #kapcaipackers #roundtheworldtravel #kapcai #rs150r

♬ La Vie En Rose – Emily Watts

Selain Paris, dia dan pasangan juga pernah merantau ke beberapa buah negara lain seperti Rusia dan London dengan menaiki motosikal. Menariknya, pihak Honda memberi hadiah motosikal secara percuma kepadanya selepas tamat misi perjalanan ke kota London dan turut menawarkan khidmat servis motosikal secara percuma seumur hidup.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa kagum dengan kegigihan yang ditunjukkan lelaki tersebut bersama isteri melancong dengan manaiki motosikal. Malah, ada juga netizen bertanyakan tips kepadanya untuk cuba melancong dengan menaiki motosikal.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut memuji dia dan pasangan yang melancong menggunakan motosikal. Ketika artikel ini ditulis, kisah perjalanan mereka yang menakjubkan itu meraih kebih 4 juta tontonan dan lebih 600 ribu tanda suka.

Tahukah anda bahawa seorang nenek berusia 90 tahun melancong secara solo di serata dunia? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Usia Bukan Penghalang Nenek Berusia 90 Tahun Ini ‘Travel Solo’ Ke Seluruh Dunia

Ini Caranya Ambil Gambar ‘Awesome’ Ketika Travel Secara Solo

Belajar Dari Pengalaman, Ini 10 Tips Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Travel