Baru-baru ini tular video di media sosial memaparkan seorang wanita dipercayai sedang memarahi dan mendakwa seorang pemandu lori berada dalam keadaan mabuk kerana telah melanggar beberapa kenderaan yang diparkir di bahu jalan.

Akan tetapi, video tersebut menjadi perdebatan orang ramai kerana wanita itu menuduh pemandu lori itu tanpa usul periksa. Malah, salah seorang rakan mangsa dikenali sebagai Siva menjelaskan rakannya itu terkena serangan jantung dan sudah meninggal dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerima kritikan orang ramai, sepasang suami isteri menafikan bahawa mereka merupakan perakam video kemalangan dan hanya memuatnaik semula video berkenaan di akaun TikToknya selepas menerima video itu melalui aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, kereta yang dilanggar itu bukanlah keretanya, dan suara dalam video itu memang tidak sama dengan suara isterinya. Isteri kepada pemilik akaun TikTok @mubarakkhan1535 turut meminta maaf kepada keluarga pemandu lori terbabit serta menegaskan bahawa dia tidak merakam video tersebut.

https://www.tiktok.com/@mubarakkhan1535/video/7049308274570611994

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh iaitu Superintendan Shafa’aton Abu Bakar memaklumkan pemandu lori telah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh dan punca kematian disebabkan ‘Myocardial Infraction’. Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, baca artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Tak Sampai 24 Jam Dah Tercabut’- Azad Jasmin Pertikaikan Kualiti Peranti Pengesan Digital

Berkelakuan Lucah Dalam Kolam Renang, Tindakan Lelaki Ini Buat Netizen Tidak Selesa

Didakwa ‘Diganggu’, Telatah Aneh Lelaki Ini Dalam Bas Ekspres Buat Netizen Seram