Sesetengah daripada kita mungkin menghabiskan hujung minggu berenang di laut biru sambil melihat kehidupan di dalam laut. Manakala bagi tukang cuci jalan di Dhaka, Bangladesh, mereka pula terpaksa memilih berenang dalam timbunan sampah.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Daily Mirror, kelihatan beberapa orang pekerja turun berenang untuk membersihkan timbunan sampah yang tersangkut di bahagian tebing sungai.

30654664-8513503-The_water_used_to_be_a_canal_before_heaps_of_urban_waste_made_a_-a-40_1594496048323
Daily Mail
30655446-8513503-The_volunteers_attempt_to_separate_the_island_of_waste_with_a_ba-a-37_1594496048314
Daily Mail

Timbunan beg plastik hitam, botol, pembungkus sampah dan beberapa sampah dari isi rumah telah menyebabkan sungai itu tersumbat dan dicemari selama bertahun-tahun.

Kebanyakkan sampah-sampah ini dilaporkan telah dikumpulkan di 50 tempat yang kebanyakannya adalah di bahagian sungai dan terusan.

Tahun lalu, pegawai perbandaran mengatakan bahawa mereka mengumpulkan sekurang-kurangnya 200 tan sampah setiap hari, yang dibuang di kawasan haram dan kebanyakannya adalah di dataran rendah yang bersambung dengan sungai.

30654658-8513503-The_volunteers_swim_neck_deep_in_the_mountain_of_urban_waste_tha-a-39_1594496048319
Daily Mail
30655450-8513503-A_volunteer_wearing_a_plastic_hat_hangs_horizontally_on_a_bamboo-a-33_1594496048197
Daily Mail
30655448-8513503-A_volunteer_leans_on_a_broken_bamboo_pole_as_half_his_body_subme-a-41_1594496048326
Daily Mail

Kabir Bin Anwar, setiausaha di Kementerian Sumber Air, mengatakan, “Setiap pentadbiran daerah telah bekerja tanpa lelah selama bertahun-tahun untuk menyusun senarai pencerobohan haram ini.

“Kami juga telah mendirikan ruang kawalan yang dikhaskan untuk tugas ini. Kami juga akan membina laluan pejalan kaki dan menanam pokok untuk mencegah orang daripada menceroboh kawasan ini lagi,” katanya.

Manakala beberapa hari lalu, seorang lelaki dari Bangladesh telah cuba meraih simpati dari agensi berita antarabangsa dengan membuat laporan salah dengan menyatakan bahawa kerajaan Malaysia bersikap prejudis dan tidak berperikemanusia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Netizen Meluat Lelaki Bangladesh Ini Cuba Raih Simpati Walaupun Mengaku Mereka Adalah PATI

Sumber