Bagi menjelaskan kekeliruan yang melanda, Ketua Polis Daerah George Town, Soffian Santong berkata Majlis Keselamatan Negara menetapkan kedai makan yang pekerjanya tidak divaksinasi sepenuhnya masih boleh beroperasi. Ketetapan vaksinasi penuh hanya jatuh kepada pelanggan yang hadir untuk makan di kedai tersebut sahaja.

Bagaimanapun, pihak restoran diharuskan untuk menunjukkan rekod berapa ramai pekerja mereka yang sudah mendapatkan vaksin sepenuhnya. Baginya, dengan cara ini pelanggan mempunyai pilihan untuk memilih kedai makan yang mahu dikunjungi oleh mereka. “Prosedur operasi standard MKN sangat jelas dalam hal ini dan tidak boleh ada kekeliruan makan di restoran,” katanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Memetik laporan The Star, difahamkan bahawa premis restoran dan kedai makan menyambut baik penjelasan tersebut, sambil menyatakan bahawa kebanyakan pekerja mereka masih muda dan memerlukan sedikit masa sebelum mendapat temu janji untuk vaksinasi.

Pemilik restoran Super Hot Plate, Warren Tan berkata bahawa dia menyambut baik dan berharap pekerjanya dapat vaksinasi sepenuhnya kerana dia mempunyai 15 pekerja di empat restoran dan kesemua daripada mereka berusia 20-an dan 30-an.

Pengarah Restoran Hameediyah, Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim berkata, ini adalah langkah praktikal kerana kedai makan tidak dapat meneruskan pesanan dengan servis perkhidmatan bawa pulang sahaja. “Berikan pelanggan kebebasan membuat pilihan untuk makan di mana sahaja mereka mahu kerana kami akan tetap menerapkan SOP yang ketat untuk makan di premis,” katanya.

Untuk rekod, sebahagian besar restoran di Pulau Pinang semalam belum dibuka sepenuhnya untuk pelanggan makan di premis walaupun telah dibenarkan berbuat demikian dengan syarat pelanggan itu mestilah divaksinasi sepenuhnya. Sebilangan besar kedai makanan, termasuk nasi kandar Deen Maju dan Restoran Hameediyah, hanya menawarkan perkhidmatan bawa pulang dan penghantaran sahaja.

Individu terima vaksinasi lengkap di negeri Fasa 2 boleh rentas daerah dan ‘dine-in’ di restoran. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Individu Terima Vaksinasi Lengkap Di Negeri Fasa 2 Boleh Rentas Daerah Dan ‘Dine-In’ Di Restoran

PM Cadang Kelonggaran ‘Dine-In’ Di Restoran Buat Penerima Dua Dos Suntikan Vaksin

Polis Sahkan ‘Dine-In’ Dalam Kenderaan Dilabel Melanggar SOP Dan Bakal Dikompaun