Berita baik telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke buat bakal pemilik lesen kenderaan. Bermula 1 Januari 2019 ujian berkomputer lesen memandu hanya perlu membayar yuran sebanyak RM20 sahaja.

Sebelum ini, orang ramai perlu membayar sebanyak RM27 untuk menduduki ujian tersebut telah dikurangkan sebanyak RM7 berikutan proses meliberalisasikan sistem sekarang yang dikendalikan oleh 3 buah syarikat. Beliau juga mengumumkan membenarkan pembukaan ujian berkomputer kepada institut memandu dengan gred 3 bintang ke atas dan menepari kriteeria.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tambah beliau, polisi baharu ini tidak akan menjejaskan operasi 103 pusat e-servis MyEG, KOMMS dan Myspeed. Beliau turut menyampaikan khabar mengenai penggabungan ujian memandu kereta dan motosikal oleh pihak JPJ. Namun khabar tersebut akan disahkan dalam waktu terdekat. Mungkinkah perubahan ini akan menyebabkan kos untuk mengambil lesen kenderaan juga diturunkan?