Tidak cukup dengan mahu menguasai arena telefon pintar, Xiaomi juga berminat menguasai produk elektronik yang membantu ekosistem.

Buat pengetahuan anda, langkah yang diambil Xiaomi untuk mengeluarkan produk elektronik berasaskan ekosistem ini bukanlah percubaan pertama dari Xiaomi, sebelum ini syarikat ini telah mengeluarkan beberapa produk seperti penapis air, pembersih udara, lampu dan sebagainya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kini, sebuah produk terbaru di keluarkan di bawah siri Xiaomi yang sama yang diberi nama Milja iaitu periuk nasi keluaran Xiaomi.

Memandangkan memasak nasi antara rutin harian buat pengguna di Asia, Xiaomi berminat untuk memberikan pengalaman berbeza buat pengguna untuk memasak nasi.

Seperti produk-produk Xiaomi yang lain, periuk nasi keluaran Xiaomi ini juga dapat dikawal melalui telefon pintar.

Xiaomi juga mengesahkan hampir 2450 kaedah memanaskan dan memasak nasi dapat diaplikasikan dengan menggunakan periuk nasi keluaran mereka. Kadar kelembutan nasi juga dapat dikawal melalui telefon pintar anda. Anda juga boleh tetapkan waktu untuk panaskan nasi pada waktu tertentu.

Harga yang ditetapkan Xiaomi untuk Mi Induction Heating Pressure Rice Cooker adalah ¥999 di China dan kemungkinan tidak akan dibawa Malaysia pada masa terdekat ini seperti produk-produk ekosistem Xiaomi sebelum ini.

Sumber