Aktiviti apa yang anda selalu lakukan bersama rakan-rakan untuk meluangkan bersama-sama? Apa kata anda lakukan aktiviti yang lain daripada lain.

Terbaharu, perkongsian pengguna Twitter @alynfazira tentang Party Room iaitu sebuah tempat yang sesuai untuk anda adakan ‘party’ bersama rakan-rakan. Mana tidaknya, terdapat pelbagai tarikan di Party Room ini yang pasti akan buat anda gembira bersama rakan-rakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/alynfazira/status/1233732020947210241

Menariknya, anda akan dapat berhibur bermain pelbagai permainan seperti snooker, karaoke, floor curling, rainy bike, blow soccer, ball pit, giant jenga dan banyak lagi.

Malah, setiap sudut dalam tempat ini boleh dikatakan ‘Instagrammable’ sesuai untuk kaki foto di luar sana yang ingin berkongsi gambar di media sosial. Memang awesome!

https://twitter.com/alynfazira/status/1233736088956493825

https://twitter.com/alynfazira/status/1233737621852966912

https://twitter.com/alynfazira/status/1233738794005745665

Nampak seronok! Anda yang ingin mencuba pelbagai permainan menarik di sini bolehlah ke Party Room yang terletak di Atria Mall, Damansara dan ia dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Harga tiket masuk adalah bermula RM30 sejam pertama dan RM20 untuk jam yang berikutnya.

Buat anda yang ingin berhibur bersama rakan atau anjur parti bolehlah ke sini untuk rasai pengalaman yang berbeza. Cliche sangat jika hanya adakan parti di kafe atau pusat karaoke.

Andai kata anda lebih kepada permainan bergenre seram, anda mungkin berminat untuk cuba permainan seperti escape room di Hauntu Malaysia. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Rasai Pengalaman Unik, ‘Check-In’ Ke Hotel Berhantu Pertama Di Asia Tenggara

Lihat Kafe Di Cyberjaya Penuh Dengan Permainan Untuk Anda ‘Chill’ Bersama Rakan

28 Aktiviti Awesome Yang Anda Boleh Cuba Di ‘SuperPark Malaysia’

Sumber