Jika anda tanya tentang jalan cerita Avengers: Endgame pada para pelakon Avengers, pasti majoriti antara mereka tidak tahu pun jalan cerita penuh filem ini.

Hanya Robert Downey Jr (RDJ) seorang sahaja ahli Avengers yang sudah mendapat akses untuk membawa skrip penuh Avengers: Endgame. Marvel Studios sangat hebat dalam menyimpan rahsia dan mereka juga memilih sejauh mana setiap pelakon boleh mengetahui jalan cerita filem yang mereka sedang terlibat.

Screenshot 2019-09-10 at 4.17.40 PM
HYPE
Jangan Kelipkan Mata Anda Dan Cari Apa Yang ‘Tersembunyi’ Untuk Menangi SAMSUNG S10 Plus
Baca lagi →

Ini termasuklah ada yang hanya mendapat sebahagian daripada skrip atau skrip dengan pengakhiran yang langsung berbeza. Disebabkan RDJ sudah membaca skrip penuh Endgame, beliau berkata 8 minit terakhir Endgame adalah yang paling hebat dalam sejarah Marvel Cinematic Universe (MCU).

Dalam temu bual bersama Russo Brothers, mereka memberitahu hanya RDJ sahaja yang dapat membaca skrip penuh Endgame. Insan kedua yang mungkin dapat membaca skrip penuh sebenarnya adalah Chris Evans tetapi buat masa ini, mereka hanya tetapkan RDJ seorang sahaja yang mendapat peluang tersebut.

Ianya juga sebagai salah satu pengiktirafan kepada RDJ yang menjadi tonggak utama dalam menjayakan MCU. Tanpa kejayaan filem Iron Man pertama pada tahun 2008, MCU pasti tidak jadi sehebat apa yang kita tonton ketika ini.

avengers-4-kevin-feige-definitive-ending-001.

Siapa yang paling kurang dipercayai untuk melihat skrip Endgame? Pastinya Spider-Man (Tom Holland) dan Incredible Hulk (Mark Ruffalo) yang sebelum ini pernah ‘terlepas cakap’ ketika sesi temu bual. Mereka hanya dapat skrip dengan dialog mereka sahaja.

Tom Holland sendiri tidak mengetahui dengan siapa beliau akan lawan dalam Endgame. Russo Brothers tidak menjelaskan dengan teliti kepada Tom kerana bimbang beliau akan terlepas cakap perkara penting Endgame dalam mana-mana siri temu bual.

Chris Evans tidak mengesahkan sama ada beliau sudah membaca skrip penuh Endgame atau pun tidak tetapi beliau mengakui sudah menonton hampir separuh pertama filem Endgame. Pastinya para pelakon sendiri akan turut sama teruja untuk menonton filem ini buat partama kali minggu hadapan. Jadi, jauhkan spoiler dan jom layan Avengers: Endgame dengan berhemah.

Anda Mungkin Suka