Sebelum ini, kita dikejutkan dengan berita Asif mungkin tidak lagi akan berlakon dalam Drama Spontan. Hal tersebut menjadi buah mulut netizen dan perkara tersebut nampaknya agak serius kerana ia melibatkan keluarga.

Akan tetapi, hal itu hanyalah satu salah faham kerana isu sebenarnya telah diputar belit. Penjaga tersebut telah termakan kata-kata oleh ayahnya yang memutar-belitkan apa yang berlaku.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

photo_2019-09-03_09-39-50

Berikutan itu, pihak Syahmi telah mengambil pendekatan untuk mengambil perkara yang berlaku ini secara serius. Oleh itu, pihak Syahmi akan pastikan ada kontrak hitam putih dan bukan hanya berjanji dengan mulut bagi mengelakkan perkara begini berulang kembali.

Peminat Drama Spontan pasti gembira dengan berita ini. Semoga lebih banyak drama gandingan mereka berdua yang menghiburkan kelak.

Bagi yang terlepas isu apa yang berlaku antara Asif dan Syahmi, anda boleh klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Asif Mungkin Tidak Lagi Muncul Dalam ‘Drama Spontan’?

Lukisan ‘Pelukis Jalanan’ Berjaya Curi Perhatian Tuanku Dan Raja Permaisuri Agong