Kita dikejutkan dengan video pekerja J&T yang membaling parcel pelanggan di hub pengumpulan barang syarikat penghantaran sebagai tanda protes kepada syarikat.

Dalam satu kenyataan, pihak J&T Express Malaysia telah minta maaf secara terbuka diatas isu komisyen pekerja dan juga tindakan para pekerja yang menguruskan parcel secara ganas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut pihak J&T, salah faham menjadi punca pekerja J&T mogok dan bertindak sedemikian rupa serta pihak J&T Perak telah menangani perkara tersebut. Para pekerja dalam video tersebut telah meminta maaf dalam satu video yang dimuat naik semalam.

Berhubung aduan netizen dimana barang dalam parcel hilang, pihak J&T mengatakan ia disebabkan kelemahan dari pihak pengurusan yang hanya memberikan latihan yang asas kepada pekerja sementara.

Tambahnya, lambakan parcel ketika ini membuatkan pihak J&T mengupah lebih ramai pekerja tetapi tidak memberikan latihan yang lebih profesional kepada mereka.

Bagi mempertingkatkan lagi kualiti pekerja dan perkhidmatan, pihak J&T akan memberikan latihan profesional kepada semua pekerja. J&T turut mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan yang mempercayai perkhidmatan mereka dan minta maaf atas segala isu.

Buat anda yang terlepas isu pekerja J&T mogok, anda boleh klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Marahkan Pengurusan, Pekerja J&T Mogok Dengan Membaling Barang Pelanggan

Tular Tiada Komisyen Jika Penghantaran Kurang 1,000 Bungkusan, Lelaki Ini Kongsi Senario Sebenar Pekerja ‘Delivery’

Barang Pecah Dan Salahkan Syarikat Kurier, Netizen ‘Sekolahkan’ Pembeli Tuduh Tidak Berasas