Ahad lalu, peminat Marvel di Indonesia gempar apabila timbul spekulasi mengatakan Avengers: Infinity War akan dipotong sebanyak 7 minit untuk tayangan di pawagam Indonesia.

Namun pihak lembaga penapisan filem Indonesia (LSF) sudah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada potongan filem akan berlaku di pawagam Indonesia dan tayangan penuh Infinity War sememangnya selama 149 minit. Salah faham mula berlaku apabila di laman Internet Movie Database (IMDB) durasi Infinity War ditulis 156 minit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengerusi LSF, Ahmad Yani Basuki berkata pihak LSF tidak membuat sebarang potongan pada filem berkenaan dan meluluskannya dalam kategori tontonan 13 tahun dan ke atas.

Durasi yang ditulis di laman IMDB adalah durasi sebelum final cut filem Infinity War. Apa pun, ianya tidak menjejaskan Inifity War yang bakal menjadi filem dengan durasi paling lama untuk filem MCU. Sementara itu, ini yang akan terjadi jika anda bertanya soalan bodoh kepada pengarah filem Infinity War.