Model Proton Satria merupakan salah satu model Proton yang cukup digemari oleh para peminat ‘kereta laju’ tanpa kira lapisan umur. Lebih-lebih lagi model Proton Satria Neo yang hanya dikeluarkan di pasaran pada tahun 2006 hingga 2015 lalu.

Baru-baru ini pereka kereta konsep tempatan yang diketahui ramai, Theophilus Chin atau lebih dikenali sebagai Theottle telah memperlihatkan rekaan konsep Proton Satria Neo baharu yang menggabungkan rekaan dua buah kereta daripada China, Lynk & Co 02 dan Geely Emgrand S.

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →

Lynk & Co 02 | Sumber Gambar: Car And Driver

Geely Emgrand S | Sumber Gambar: Paultan.org

Hasil rekaan konsep kereta tersebut telah mendapat komen-komen positif daripada orang ramai yang rata-rata menganggap ‘Satria Neo‘ itu merupakan model yang bakal dilancarkan oleh Proton pada masa akan datang.

Ada juga yang berkongsikan pandangan bahawa rekaan kereta ini sudah boleh bersaing dengan model-model sporty keluaran negara Jerman seperti Mercedes A45S dan Volkswagen Golf.

Memetik perkongsian laman web Paultan, baru-baru ini pihak Proton ada berkongsi dengan mereka bahawa penggunaan enjin turbocharged 1.5L GEP3 yang dikembangkan bersama oleh Volvo dan Geely akan memainkan peranan utama pada masa akan datang.

Perincian lebih lanjut mengenai masa depan enjin GEP3 masih belum diketahui buat masa ini, tetapi ada kemungkinan akan dibangunkan di kilang Proton yang terletak di Tanjung Malim.

Jika pihak Proton dan Geely betul-betul ‘hidupkan’ rekaan konsep kereta ini, memang ‘beratur panjang’ orang ramai cuba dapatkan ‘Proton Satria Neo’ serba baharu dan sporty.

Sebelum ini Theottle pernah berkongsi rekaan konsep ‘Proton S50’ yang berkemungkinan besar akan dilancarkan di Malaysia sekitar tahun ini.

Mungkin Ini ‘Proton S50’ Yang Akan Dilancarkan Sekitar Tahun Ini?

Mantan Pereka Proton Kongsikan Rekaan ‘Saga Knight Concept’ Sempena Hari Kemerdekaan Ke-64

Rekaan Futuristik Dan Inovatif, Lelaki Ini Kongsikan Konsep Kereta Elektrik Malaysia

Anda Mungkin Suka