Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Selepas Nights of Fright, Sunway Lagoon kini tampil perkenalkan Night Park dimana membolehkan pengunjung untuk berhibur bersama keluarga atau rakan pada waktu malam.

Artikel Berkaitan:

Susulan itu, ramai orang tidak terlepas peluang untuk berhibur di Sunway Lagoon pada waktu malam sejak tiket dijual kepada orang awam. Menjengah ke media sosial, pengunjung yang sudah berhibur di Night Park telah berkongsi keseronokan mereka sekaligus membuatkan lebih ramai mahu terjah ke Sunway Lagoon.

@sherahisham

Lepak saja malam2 dekat sini best 😁 Ada few ride kene air buka and roller coaster pun boleh main. Kalau siang memang ramai beratur 😅 #sunwaylagoonthempark #nightparksunwaylagoon #sunwaylagoonmy #sunwaylagoonmalaysia #sunwaylagoonwildlifepark #travelmurah

♬ original sound – Shera Hisham – Shera Hisham

@lzyleanz

Sunway lagoon night park 🤩 6pm-11pm rm35 only ✨ #sunwaylagoon #themepark

♬ original sound – Lzyleanz林林 – Lzyleanz林林

@hausofhilton

The best night ever only at Sunway Lagoon! The night park is open from now everyday except for tuesdays till 11pm each day Hanya RM35 seorang (untuk warganegara). Foreigners RM45 seorang. @SunwayLagoonOfficial @Sunway Lagoon #fyp #tiktok #malaysia #sunwaylagoon

♬ Good Time – Owl City & Carly Rae Jepsen

@wa.ngibybieyhd

Me time with sister 🌸 #sunwaylagoon #sunwaylagoonnightpark #fyp Rezeki harini dorang extend till 12am @Dalila__

♬ original sound – Lzyleanz林林 – Lzyleanz林林

Untuk pengetahuan anda, anda boleh mencuba 7 ‘rides’ iaitu Rapid River, Colorado Splash, Butch Cassidy, Vultures, Carousel, Wagon Wheel dan Lost City of Gold. Malah, akan ada persembahan istimewa ‘spirit of losheka’ dan anda juga boleh merasai pengalaman memerah susu lembu.

Harga tiket untuk Night Park ini hanyalah RM35 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Anda boleh dapatkan tiket di kaunter ataupun beli sahaja secara dalam talian.

Night Park ini adalah tarikan terbaharu di Sunway Lagoon dan jika anda membeli tiket masuk biasa, anda boleh juga keluar pada waktu malam untuk ‘enjoy’ di Night Park terlebih dahulu. Anda dapat berhibur di Night Park ini dari jam 6 petang hingga 11 malam dan dibuka setiap hari kecuali Selasa.