HUAWEI Y-series sentiasa menjadi siri telefon pintar yang popular di antara semua peringkat umur. Ini kerana harganya yang berpatutan, rekaan yang cantik, dan persembahan yang baik. Pada tahun 2020 saja, HUAWEI memperkenalkan HUAWEI Y7p, Y6p dan Y5p.

HUAWEI Y7a, tambahan terbaru HUAWEI Y-series, menampilkan tujuh ciri menakjubkan dan menjadi sebab kenapa anda perlu memiliki satu untuk diri sendiri atau membelinya sebagai hadiah buat yang tersayang. HUAWEI Y7a kini dijual dengan harga hanya RM799 di HUAWEI Store dan HUAWEI Experience Store di seluruh negara.

Kalau anda masih ragu-ragu dengan HUAWEI Y7a, jangan takut. HUAWEI menganjurkan acara “DISCOVER HUAWEI” untuk pengguna. Di acara ini, pelatih berpengetahuan dari HUAWEI akan memberikan 101 tip dan trik mengenai HUAWEI Y7a.

“DISCOVER HUAWEI” untuk HUAWEI Y7a akan diadakan di 12 HUAWEI Experience Stores bermula dari 6 November hingga 29 November 2020 pada setiap hujung minggu, jam 4 petang hingga 5 petang. Dapatkan slot anda di sini atau datang saja bila-bila anda mempunyai masa terluang.

2

Anda tidak perlu risau sebab HUAWEI Experience Store sentiasa patuh dengan SOP sesuai dengan peraturan ditetapkan pihak berkuasa dan berusaha sepenuhnya untuk memastikan anda berasa selamat dari penyebaran Covid-19. Haa, dengan menghadiri acara ini anda juga berpeluang memenangi HUAWEI Y7a!

Sementara itu, berikut ialah 7 sebab kenapa HUAWEI Y7a dapat menyelesaikan masalah harian dalam hidup anda.

1. 22.5W Supercharging selesaikan fobia anda

Anda mesti pernah alami situasi di mana perlu keluar rumah dalam masa 10 minit tetapi baru perasan bateri telefon sudah habis? Tidak pun ketika tengah syok main game, tiba-tiba dapat notification bateri sudah low? Uishh..saat macam ni boleh buat anda rasa macam terkena mini heart attack.

4link

Haa, ringankan kebimbangan anda dengan HUAWEI Y7a baru yang dilengkapi dengan 22.5W Super Charge. Yang anda perlu hanyalah charge 10 minit dan telefon anda dapat bertahan sehingga 2 jam tontonan video. Lama tu!

2. Pengalaman gaming yang menakjubkan walaupun pada harga ini!

Siapa yang suka bila main game atau tengok filem di skrin telefon kecil dengan bateri yang cepat habis kan? HUAWEI Y7a dengan layar 6.67 inci FULLHD + dengan paparan bersertifikat TUV Rheinland yang menyaring lampu biru rendah akan memberi manfaat kepada binge-watchers dan gamers kerana ia kurang membahayakan mata.

Selain itu, HUAWEI Y7a juga dilengkapi dengan kapasiti bateri 5,000mAh yang membolehkan anda bermain sehingga 10 jam atau menonton video dalam talian selama 16.6 jam! Skrin besar dengan bateri besar? Menang ngamlah!

3. Jadi jurugambar peribadi orang yang tersayang

5

Keluar dengan si dia semestinya akan meninggalkan kenangan indah untuk anda berdua. Tapi, dalam tak sedar ialah si dia mungkin murung dan kecewa sebab anda tak dapat tangkap gambar yang ‘instaworthy’ untuknya walaupun dah mencuba dari pelbagai sudut.

Jangan risau lagi! Dengan HUAWEI Y7a yang dilengkapi dengan empat lensa kamera, ia menampilkan 48MP High-Res Camera, 8MP Ultra-Wide Angle, 2MP Depth Camera dan 2MP Macro Lens.

Dikuasakan dengan AI, setiap tangkapan adalah hasil yang sempurna, sama ada mod potret, mod malam atau sudut ultra lebar, anda akan dapat merakam gambar yang luar biasa tanpa mengira pose, bila-bila masa atau di mana saja. Dengan ciri Super Night Shot, tangkap detik terbaiknya ketika berjalan di bawah bintang.

Selain itu, HUAWEI Y7a juga dilengkapi dengan storan 128GB dan menyokong storan luaran hingga 512GB. Sekarang, anda dapat menangkap seberapa banyak gambar definisi tinggi yang anda suka tanpa perlu memadamkan aplikasi, foto lama, dan video lama untuk penyimpanan lebih banyak.

4. Jangan terlepas detik penting walaupun perlawanan bola sepak favourite anda!

Balik selepas seharian lepak dengan member dengan bateri telefon tinggal hanya 5% tapi anda ada perlawanan bola sepak yang penting untuk ditonton? Boleh murung bila anda tak dapat saksikan secara live saat “menjaringkan gol” ketika menunggu telefon dicas dan dimulakan semula. Pada masa yang sama, pergerakan anda juga terhad sebab korang kena berada dekat dengan port pengecasan.

Dengan HUAWEI Y7a 22.5W Super Charge, anda hanya perlu cas selama 10 minit sebelum perlawanan bermula. Anda boleh duduk dengan selesa dan nikmati perlawanan bola sepak dengan paparan layar besar 6.67 inci FULLHD +. Bila dah penuh, bateri HUAWEI Y7a 5000mAh dapat bertahan sepanjang masa pada penggunaan biasa. HUAWEI Y7a merupakan satu-satunya telefon pintar di Malaysia dengan harga di bawah RM800 yang mempunyai 22.5W Super Charge tau.

5. Rekaan yang cantik dan selesa

HUAWEI Y7a hadir dalam reka bentuk canggih yang menggabungkan kecantikan dan keselesaan. Ia hadir dengan tiga warna iaitu Blush Gold, Crush Green dan Midnight. Ia mempunyai reka bentuk ergonomik 3D yang menjadikan telefon selesa dipegang walaupun setelah sekian lama.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan cap jari dan pengenalan ID muka yang menjadikan pembukaan kunci telefon anda lebih mudah dan selamat.

6. Panggilan video berkualiti tinggi dengan HUAWEI MeeTime

6

Pernah tak alami situasi di mana ibu bapa atau datuk dan nenek anda selalu menelefon untuk bantu mereka menyelesaikan masalah tertentu di telefon mereka. Tapi akhirnya, semua kecewa sebab anda tak dapat nak jelaskan dengan baik dan mereka pun tak boleh nak bayangkan apa yang anda cakapkan tu.

Tapi, dengan HUAWEI MeeTime, anda bukan saja dapat buat panggilan video berkualiti tinggi dengan penggunaan data yang rendah, anda juga dapat berkongsi paparan skrin dengan orang-orang yang disayangi untuk mengajar mereka langkah demi langkah bagaimana menggunakan telefon mereka.

Dalam musim pandemik sekarang, anda tak boleh keluar dari rumah untuk membeli-belah dengan pakaian terbaik anda? Tidak mengapa, sebab anda boleh menggunakan ciri share screen di MeeTime untuk membeli-belah dalam talian bersama-sama dengan rakan baik anda!

7. Luaskan carian dengan Petal Search dan HUAWEI App Gallery

7

Risau tak dapat muat turun aplikasi kegemaran anda? Jangan risau, HUAWEI App Gallery mempunyai berjuta-juta aplikasi dan kebanyakan aplikasi sering digunakan di Malaysia seperti Mobile Legend, Lazada, Maybank, TNG, Tiktok, MySejahtera, WeChat dan banyak lagi! Anda juga boleh menggunakan Petal Search yang telah di pre-installed untuk memuat turun lebih banyak aplikasi yang diperlukan dengan cepat dan mudah.

Selain itu, anda juga mungkin mendapat 20% rebat* (Mata HUAWEI) apabila membeli diamonds di Mobile Legends: Bang Bang, Free Fire atau Lord Mobile dari HUAWEI App Gallery. Setiap Mata HUAWEI bernilai RM1 dan mata boleh digunakan untuk membeli lebih banyak diamonds, aplikasi, video HUAWEI, Cloud Services dan banyak lagi. Tawaran sah sehingga 31 Disember 2020.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Lebih banyak faedah jika anda dapatkan HUAWEI Y7a

Setiap pembelian HUAWEI Y7a, anda dapat menikmati 30 hari free trial* akses ke saluran hiburan dan pendidikan seperti Konsert Qello, The Explorer dan Akademi HUAWEI di HUAWEI Video. Selain itu, anda juga dapat menikmati akses percuma HUAWEI Cloud Storage sehingga 15GB selama 12 bulan*. Anda akan mendapat kipas mini percuma* untuk setiap pembelian HUAWEI Y7a. Bestnya!!

Ada banyak lagi ganjaran lain yang menanti anda, jadi pastikan anda ke HUAWEI Member Centre sekarang!

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Sementara stok masih ada

Kongsi dan anda berpeluang menang HUAWEI Y7a

8

Haa, anda nak memenangi HUAWEI Y7a yang menakjubkan ini? Ikut sahaja langkah-langkah di bawah ni:

Senang je kan! Anda kena cepat tau sebab peraduan ini akan berakhir pada 4 November 2020!

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Jom dapatkan HUAWEI Y7a sekarang!

9

HUAWEI Y7a kini boleh didapati di HUAWEI Store dan semua HUAWEI Experience Stores di seluruh negara dengan harga hanya RM799! Jangan risau kalau anda tiada bajet sebab HUAWEI juga ada pilihan lain untuk anda.

  • HUAWEI Y5p – RM359
  • HUAWEI Y6p – RM559
  • HUAWEI Y7p – RM699

Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI Y7a, anda boleh sahaja pergi ke laman web HUAWEI atau Facebook HUAWEI.

Baca juga perkongsian menarik kami mengenai laptop MateBook 14 yang mampu bertahan lebih dari 3 tahun melalui pautan di bawah. 

Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda

3 Sebab Untuk Anda Beralih Ke HUAWEI MateBook 14 Yang Serba Lengkap

HUAWEI FreeBuds Studio, Fon Kepala Penuh Penggayaan Dengan Pembatalan Hingar Aktif