Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham sebentar tadi telah memaklumkan bahawa tiada lagi penggunaan status pelaksanaan Standard Operasi Prosedur COVID-19 seperti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Hal ini disebabkan timbul kekeliruan dalam kalangan rakyat mengenai SOP COVID-19 di negara ini. Oleh itu, kerajaan memutuskan hanya SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara.

Apabila tanya mengapa tidak melaksanakan SOP seperti PKP 1.0 untuk PKP 3.0 kali ini, Ismail Yaakob menjelaskan keperluan ekonomi dan kepentingan kesihatan untuk pencegahan COVID-19 perlu seimbang.

“Jika kita lihat semasa pelaksanaan PKP 1.0 bermula pada Mac 2020, ramai yang dibuang kerja dan kerajaan telah mengalami kerugian sebanyak RM2.4 billion.

“Oleh itu, sektor ekonomi perlu dibuka sejak pelaksanaan PKP 2.0 dan diteruskan pada PKP 3.0 untuk mengeimbangkan antara ekonomi dan pada masa yang sama kita mahu menurunkan kes jangkitan COVID-19,” kata Ismail Sabri dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara sebentar tadi.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham menambah dan melaporkan kes COVID-19 hari ini mencatatkan sebanyak 3,973 kes dan 22 kematian. Pelaksanaan PKP 2.0 dikatakan tidak gagal kerana kita mampu mengurangkan jangkitan COVID-19.

“PKP 2.0 berjaya cegah kes COVID-19 daripada jangkaan melonjak naik 20,000 sehari dan Proklamasi Darurat juga membantu.

“Kita tidak mahu pilihanraya diadakan lagi seperti PRU Sabah kerana itu punca kes melonjak naik semula.

“Saya yakin, pematuhan tinggi SOP PKP 3.0 mampu memutuskan jangkitan COVID-19,” ujar Dr. Noor Hisham.

SOP COVID-19 kali ini tidak membenarkan rentas daerah dan negeri. Klik pautan di bawah untuk membacanya.

Tidak Boleh Rentas Daerah Dan Negeri, 6 Daerah Di Selangor Dikenakan PKP

500 Kenderaan Diarah Patah Balik Selepas Gagal Masuk Kelantan

Masih Keluar Rumah Selepas ‘Swab Test’, Netizen Kecewa Sikap Tidak Endah Segelintir Rakyat

Anda Mungkin Suka