Sebelum ini, sebuah taman tema yang lebih besar dari Genting Highlands dilaporkan akan siap dibina di Melaka pada 2026 dan semalam muncul pula laporan mengatakan bahawa taman tema Disney akan dibina pada tahun 2027 di Jasin, Melaka.

Perkara tersebut diumumkan oleh Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis selepas memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) semalam, melibatkan beberapa syarikat termasuk Taming Sari Berhad, Institusi Perbankan (Exim Credit Dubai Zurich Capital Bank & Sparco Bank UK) dan Korea Camping Caravanning Federation A Divisional Corporation (KCCF).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pengumuman tersebut tidak dihadiri oleh wakil pihak Disney dan terbaharu, Heather Chen yang merupakan seorang wartawan CNN telah menghubungi pihak Disney dan memaklumkan bahawa tiada perancangan rasmi pembinaan taman tema Disney di Melaka sekaligus menjadikan ianya hanyalah spekulasi semata-mata.

Tambahnya, mungkin berlaku salah faham sehingga fakta laporan silap dimana Datuk Muhammad Jailani hanya mengatakan bahawa taman tema yang besar seperti Disneyland akan dibuka dan ia bukanlah satu perjanjian dengan jenama Disney seperti diwar-warkan.

Dalam pengumuman semalam, sistem tren maglev sepanjang 22 kilometer untuk menghubungkan kawasan tumpuan pelancong juga akan dibina dan dijangka akan siap pada 2027. Setelah berjaya dilaksanakan, ia juga akan menjadi kereta api maglev pertama di negara ASEAN.

Untuk rekod, Melaka juga pernah membina Monorel sepanjang 2.5km bagi tujuan tarikan pelancong. Ia dibuka pada tahun 2010 tetapi pernah ditutup beberapa kali akibat pelbagai kemalangan dan kerosakan.