Tular baru-baru ini di pelbagai platform media sosial apabila orang ramai sama-sama berusaha dalam berkongsi dan juga menyumbang bagi mengumpul dana buat Baby Naail sebanyak RM9 juta.

Tampak seakan mustahil, siapa sangka jumlah yang mencecah hampir 8 angka itu berjaya dikutip hasil kerjasama rakyat Malaysia dalam tempoh yang singkat sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@foundermisi

Sebenarnya Allah menguji kita dan Allah satukan kita. 🥹

♬ original sound – Founder Misi – Founder Misi

Perkongsian yang dibuat oleh TikTok @foundermisi ini berjaya membuatkan orang ramai sebak melihat keprihatinan rakyat Malaysia serta gembira apabila dana yang dikumpul berjaya dicapai.

Di sebalik usaha keras dalam mengumpul dana sebanyak RM9 juta, @akakfounder selaku isteri kepada lelaki yang berusaha keras ini tampil mendedahkan rutin harian suaminya dalam usaha membantu Baby Naail.

@akakfounder

Macam ni lah abg @Founder Misi hari-hari

♬ original sound – Akak founder🇲🇾🇹🇭 – Akak founder🇲🇾🇹🇭

Menerusi perkongsian, difahamkan suaminya hanya tidur sekitar 3 jam sahaja sehari. Masa selebihnya digunakan di hadapan komputer dalam usaha untuk menjayakan misi ini.

Malah, suaminya turut pernah meluahkan rasa penat berusaha namun mengakui mempunyai tanggungjawab yang besar.

Beliau akui sebagai isteri, beliau sendiri agak terkejut apabila jumlah besar sebanyak RM9 juta berjaya dikumpul hasil usaha orang ramai menerusi tabung yang dibuka oleh suaminya itu.

@akakfounder

Terima kasih rakyat malaysia.. belum sebulan akhirnya kita capai 9 juta untuk baby nail ❤️ @Founder Misi

♬ original sound – Akak founder🇲🇾🇹🇭 – Akak founder🇲🇾🇹🇭

Dimaklumkan Yayasan Misi Rakyat sudah berjaya didaftarkan secara rasmi di mana yayasan ini bakal menjadi platform untuk program crowdfund seterusnya dalam membantu lebih ramai individu yang memerlukan.

Menariknya, meskipun dibenarkan untuk mengambil 30% bagi menanggung kos operasi, pengasas Yayasan Misi Rakyat ini memaklumkan beliau memilih untuk menanggung kos operasi oleh beliau sendiri tanpa melibatkan duit sumbangan.

Beliau memilih untuk mewujudkan sistem yang jelas dan transparent dalam memudahkan orang ramai memantau sekaligus mengelakkan daripada penyelewengan. Tahniah diucapkan buat pengasas Yayasan Misi Rakyat dan juga orang ramai yang berusaha keras menjayakan misi ini.