Umum mengetahui, anda kini boleh menjana pendapatan lumayan dengan menjadi seorang streamer. Hanya perlu ikuti trend dan minat penonton, pasti anda akan menerima wang daripada penonton.

Tahukah anda bahawa seorang streamer, Asian Andy telah berjaya meraih pendapatan sebanyak $16,000 (~RM64,650) ketika live selama 7 jam? Untuk pengetahuan anda, video online itu memaparkan aksi dirinya tidur dan para penonton ‘menyumbangkan’ wang kepadanya dengan menganggunya tidur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimana penonton ganggu beliau tidur? Ada segelintir daripada penonton meminta bantuan pembantu maya, Alexa untuk memasangkan muzik kuat dan ada juga yang memintanya memeriksa tingkap serta menakut-nakutkan beliau.

Asian Andy berasa terkejut dengan sumbangan wang penonton ketika beliau mahu mengakhiri ‘live stream’ tersebut. Video ini pernah tular pada tahun lalu di YouTube dan kini telah mencecah lebih 4 juta tontonan. Adakah anda sanggup jika tidur anda diganggu untuk mendapatkan wang?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel menarik di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Sentuh Isu Perkauman Dan Strim Permainan Slot, Streamer Ini Dikecam Hebat Netizen

Tidak Hormati Privasi Pengguna, Usaha ‘Streamer’ Ini Cari Jodoh Dikecam Netizen

‘Humble’ Dan Menghiburkan, Ini Sebabnya Soloz Berjaya Menjadi ‘Streamer’ Paling Popular Malaysia

Sumber