Berjaya mempopularkan tagline ‘kasi sengat’, pelakon Soffi Jikan sememangnya nama yang tidak asing lagi dalam industri perfileman negara.

Terbaharu, tular pula isu di mana beliau diperkatakan sudah menerima pangkat Datuk. Semuanya bermula apabila beliau telah memuat naik informasi diri beliau menerusi laman Wikipedia yang menunjukkan beliau kini sudah bergelar Datuk.

Menerusi laporan Utusan, Datuk Soffi Jikan nampaknya tidak menafikan perkara tersebut serta memilih untuk tidak mengulas lebih panjang selepas mendapat nasihat daripada pihak peguam.

Sudah lama terima gelaran

Dalam pada itu, Datuk Soffi Jikan turut mengakui sudah lama menerima gelaran tersebut namun memilih untuk tidak kongsikan kepada khalayak umum lebih awal sehinggalah terjawab kelak dalam bentuk surat rasmi atau sokongan bukti.

Beliau juga diserang dengan pertanyaan netizen yang mengatakan beliau membeli pangkat tersebut. Walau bagaimanapun, beliau menafikan perkara tersebut sebaliknya memaklumkan akaun bank beliau sekadar tinggal RM1 sahaja.

Lebih disenangi nama tanpa gelaran

Meskipun menerima pangkat tersebut, Datuk Soffi Jikan memaklumkan beliau lebih selesa sekiranya orang ramai memanggil beliau tanpa gelaran tersebut kerana baginya beliau hanyalah manusia biasa.

Dalam pada itu, beliau tetap bersyukur dengan anugerah yang diterima serta bersyukur masih diberikan ketenangan meskipun tidak senang.

Tular pada minggu lalu Mark Zuckerberg dilaporkan rugi sebanyak RM29 bilion gara-gara platform kendalian beliau gagal diakses selama 6 jam.

Gagal Diakses Selama 6 Jam, Mark Zuckerberg Dilaporkan Rugi RM29 Bilion

Santai Sarung Kain Batik Ketika Mesyuarat, Mat Salih Ini Raih Perhatian Netizen

Sumber