Zaman sekarang ini, menggayakan fesyen terkini dan menjadi ikon fesyen di mata khalayak ramai adalah cabaran utama sesetengah individu dan juga jenama. Justeru itu, pelancaran #WeAreNova oleh KLFW dan HUAWEI awal bulan lalu sangat bertepatan dengan misi kita untuk mencari rekaan terbaik di kalangan pereka-pereka yang ada di Malaysia.

Kini, peraduan yang berlangsung dari 10 hingga 25 Mei itu menemui penghujungnya. Tiba masanya untuk anda semua menjadi juri dengan mengundi rekaan mana yang layak diperagakan atas pentas KLFW 2019. Malah, pengundi bertuah tidak akan pulang dengan tangan kosong. Sebaliknya, korang berpeluang menerima smartphone PERCUMA!

Terima lebih 300 penyertaan yang menghasilkan rekaan inspirasi dari HUAWEI nova

Huawei Nova 1

Peraduan yang berlangsung kira-kira 2 minggu ini menerima lebih 363 penyertaan dan 252 rekaan yang diinspirasikan oleh HUAWEI nova. Untuk pengetahuan anda, semua idea ini dihasilkan oleh 30 pereka profesional dan bakat muda yang penuh semangat dan kreativiti dalam fesyen.

Daripada apa yang kita dapat lihat, rekaan-rekaan yang dihasilkan sempena peraduan #WeAreNova ini banyak menyerlahkan rekaan ‘gene’ siri smartphone HUAWEI nova yang memfokuskan pilihan orang muda. Lantas ia diterjemahkan kepada pelbagai helaian fesyen seperti T-Shirt, sweatshirt, hoodie, jaket dan banyak lagi.

Undi dan menangi smartphone paling stylish sepanjang Ramadan, HUAWEI nova 4 yang bernilai sehingga RM1,699

Huawei Nova 2

Kini, peraduan #WeAreNova telah tamat dan anda boleh mula mengundi rekaan terbaik selama seminggu bermula 26 Mei hingga 2 Jun 2019 di laman Facebook KLFW Official. 10 rekaan terbaik yang menerima jumlah ‘Like’ tertinggi akan dipilih dan diperagakan atas pentas KLFW 2019 dan boleh dibeli secara atas talian tidak lama lagi.

Memandangkan ini adalah tahun kedua siri HUAWEI nova menjalankan kerjasama dengan KLFW, pengundi bertuah tidak hanya boleh mengundi saja, namun berpeluang membawa pulang HUAWEI nova 4 bernilai RM1,699. Best!

Siri HUAWEI nova yang menampilkan nova 4 & 4e direka untuk anak muda bagi memenuhi keperluan fesyen, gaya hidup dan expression tersendiri. Jadi, memang sesuailah untuk korang semua!

Katanya kedua-dua model HUAWEI Nova 4 & 4e adalah telefon pintar paling bergaya sepanjang Ramadan kerana rekaan luaran yang cantik dan menawan serta prestasi kamera selfienya yang hebat.

Huawei Nova 3

HUAWEI nova 4 dijual pada harga RM1,699 yang mana lebih murah RM200 daripada sebelum ini. Manakala, nova 4e dijual pada harga RM1,199. Setiap pembelian siri HUAWEI nova 4 sepanjang Ramadan juga melayakkan anda untuk menerima kad VIP bernilai sehingga RM1,000.

Bukan itu sahaja, pengguna siri HUAWEI nova 4 juga berpeluang untuk memenangi HUAWEI Band 3 bernilai RM239. Untuk maklumat lanjut, layari laman web HUAWEI atau laman Facebook rasmiHUAWEI.