Jenama ini mungkin kurang dikenali di Malaysia tetapi jika di luar sana, jenama Happy Socks sangat diminati lebih-lebih lagi jenama ini kerap melancarkan edisi terhad untuk stokin mereka. Rekaan stokinnya juga pelbagai dan fun sepadan dengan nama jenama ini.

Kehebatan jenama ini berjaya menarik perhatian Palamon Capital Parners yang membeli pegagangan dalam syarikat ini dengan harga USD81.2 juta. Sangat berbaloi untuk sebuah syarikat yang baru beroperasi pada tahun 2008! Palamon juga akan menyuntik dana tambahan sebanyak USD4.5 juta untuk syarikat itu mengembangkan lagi bisnes mereka yang sedia ada dan meningkatkan jumlah investement Palomon terhadap Happy Socks kepada USD85.7 juta.

Happy Socks adalah jenama stokin dan pakaian dalam dari Sweden yang diasaskan oleh dua individu, Mikael Söderlindh and Viktor Tell. Posisi Mikael dan Vicktor bagaimanapun terus kekal sebagai ahli lembaga pengarah.

Pengasas Happy Socks, Mikael Söderlindh and Viktor Tell

Siapa kata kalau jual stokin pun tidak mampu untuk berjaya? Jika anda belum pernah dengan nama Happy Socks sebelum ini, sekarang anda tahu. Hebat jenama ini kerana dalam masa kurang 10 tahun, mereka sudah mempunyai lebih 10,000 tempat di serata dunia yang menjual produk mereka di 90 negara serata dunia. Awesome duo! Palamon Capital mungkin nampak peluang untuk jenama ini berkembang dengan lebih luas di masa akan datang. Jadi all the best untuk Happy Socks!

Sumber