Semua orang tahu bahawa Kelantan adalah negeri yang menentang penubuhan panggung wayang, alasan yang diberikan oleh kerajaan yang memerintah, iaitu Parti Islam Se Malaysia (PAS), adalah pawagam tempat di mana berlaku maksiat.

Namun sejak filem Mat Kilau keluar, pendirian kerajaan negeri Kelantan nampaknya mula dipersoal. Ini selepas tular satu gambar di mana Pemuda PAS terpaksa turun ke Kuala Lumpur untuk menonton filem yang sudah berjaya mengaut keuntungan jutaan ringgit ini, lapor MalaysiaKini.

Perangai yang dipaparkan oleh Pemuda PAS ini tidak ubah seperti seorang yang hipokrit dan cakap tidak serupa bikin, kata netizen. Ini kerana, di negeri sendiri, rakyat mereka dilarang menonton wayang, disebabkan takutnya berlaku maksiat. Tetapi Pemuda PAS sendiri bersusah payah hadir ke Kuala Lumpur untuk menonton filem Mat Kilau di panggung wayang.

Selain Netizen, Ketua Pemuda Amanah Kelantan Hazmi Hassan, pada 24 Jun turut menempelak PAS kerana tidak tetap pendirian selepas mengajak orang ramai ke panggung wayang untuk menonton filem terbaru pengarah terkenal Syamsul Yusof. Menurut Hazmi, PAS seperti keliru dan hilang punca kerana mereka dulu mengharamkan pembukaan pawagam di Kelantan.

Dalam salah satu hantaran di Facebook, Pemuda PAS tampil menjawab kritikan mengenai pengharaman pawagam di Kelantan.

Mereka menjelaskan bahawa sekiranya filem yang ditayangkan itu mempunyai barisan pelakon yang menutup aurat dan penonton yang menjaga batas serta jalan cerita tersebut tidak menjurus kepada maksiat, ia tidak dianggap haram.

“Kita tak setuju buka panggung wayang dibuka dekat Kelantan, selagi panggung wayang tu tak selesaikan bab-bab yang kita sebut tadi, bab yang bawa kepada haram tengok wayang.

“Kalau panggung wayang tu boleh asingkan tempat duduk lelaki perempuan dan keluarga, boleh set tiada tayangan semasa waktu solat, boleh pastikan cerita yang ditayang betul-betul patuh syariah, tak ada masalah. Kita pun setuju.

“Tengok Terengganu. Ada je panggung wayang. Dekat sana semua panggung wayang diasingkan tempat duduk lelaki? perempuan dan keluarga. Dekat sana tiada cerita ditayangkan semasa waktu solat, ada Pemuda PAS bantah? Kita raikan lagi,” kata sayap parti PAS itu dalam satu kenyataan.

Raih lebih RM12 juta kutipan, Mawi jelaskan mengapa filem Mat Kilau masih belum ‘balik modal’. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Raih Lebih RM12 Juta Kutipan, Mawi Jelaskan Mengapa Filem Mat Kilau Masih Belum ‘Balik Modal’

Yayan Ruhian Hampir Tidak Muncul Dalam John Wick 3 Kerana Hormati Jadual ‘Shooting’ Mat Kilau

Diinspirasikan Daripada Kisah Benar, Netizen Teruja Mahu Tonton Filem Mat Kilau Di Pawagam