Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebut sahaja pusat beli-belah Sunway Pyramid, pasti ramai yang tahu kewujudannya dan boleh dikatakan pusat beli-belah ini antara yang dikunjungi ramai kerana menawarkan pelbagai tarikan untuk pengunjungnya.

Terbaharu, sebuah video dikongsikan oleh pengguna TikTok @jangrembau memaparkan keadaan ‘ngeri’ di kawasan tempat letak kereta di pusat beli-belah Sunway Pyramid.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →
@jangrembau

#fyp Keadaan bawah ice skating sunway pyramid

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat tempat letak kereta yang berada di bawah ‘ice rink’ berada dalam keadaan lembab dan basah. Tidak hanya itu, terdapat lopak air di bahagian lantai tempat tersebut dan seperti tidak diselenggara dengan baik.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut melihat keadaan tempat letak kereta bawah tanah tersebut.

Malah, para netizen juga meminta agar pihak bertanggungjawab untuk memantau dan menyelenggara tempat tersebut agar tidak berlaku keadaan tidak diingini seperti tiba-tiba runtuh lalu mengakibatkan kemalangan jiwa.

Ada juga netizen mendakwa bahawa air yang menitis keluar disebabkan lantai telah merekah. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 800 ribu tontonan dan mendapat lebih 65 ribu tanda suka.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

‘Tiada Orang Lain Ke?’- Netizen Persoalkan Kak Long Dijemput Jadi Tetamu Khas Sebuah Program TV

Sudah Dibuka Kembali, Tasik Cermin Tawarkan Keunikan Terbaru Buat Pengunjung

‘Lebih Besar Dari Genting Highlands’- Taman Tema Melaka Bertaraf Dunia Bakal Siap Dibina Menjelang 2026