Kebiasaannya, pantai dan bukit menjadi antara lokasi pilihan orang ramai untuk melihat matahari terbit dan terbenam. Pasti ramai yang suka melihat keindahan matahari terbit dan terbenam, serta terasa lebih romantis apabila melihatnya bersama tersayang.

Terbaharu, tular di TikTok beberapa video yang memaparkan ‘spot’ melihat matahari terbenam dengan view ibu kota Kuala Lumpur. Menerusi video tersebut, dapat dilihat ramai orang ke sana untuk menyaksikan keindahan suasana matahari terbenam dengan ‘view’ yang cukup menarik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@anissyfqh__

Watching sunset 📍 Taman Bukit Utama Hillside Jogging Track, Bukit Antarabangsa

♬ TO THE MOON – JNR CHOI & Sam Tompkins

@umokaaaay

sunset here is 10/10, would recommend!

♬ –

Untuk pengetahuan anda, lokasi lihat matahari terbenam tersebut terletak di Taman Bukit Utama Hillside, Bukit Antarabangsa. Video-video tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa kagum melihat keindahan suasana matahari terbenam di sana.

Bukan itu sahaja, para netizen turut berasa tidak sabar mahu berkunjung ke sana untuk melihat matahari terbenam. Malah, ada juga yang menzahirkan kebimbangan tempat tersebut akan ditutup apabila ramai orang ‘serbu’ ke sana seperti apa yang terjadi di tempat tinjauan kapal terbang di KLIA2.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

2 Tahun Tutup Untuk Tujuan Selenggara, Keadaan Terkini Masjid Kristal Jadi Bualan Netizen

‘Dulu Hype Sekarang Terbengkalai’- Netizen Kecewa Lihat Keadaan Terkini Bandar Agacia Di Perak

‘Loji Kumbahan Pun Glow Up’- Netizen Pelik Lokasi Busuk Tapi Cantik Di Kedah Ini Jadi Tumpuan Ramai