Dua hari sebelum meninggal dunia, Stephen Chow menitipkan pesan bahawa dia risau dengan situasi kesihatan yang menimpa Ng Man-tat, rakan baiknya yang sama-sama berjuang dalam industri perfileman.

Menurut Epoch Times, pengarang komedi yang pernah bekerja dalam pelbagai filem dengan Ng semasa zaman 80-an dan 90-an menyuarakan rasa prihatin beliau dengan situasi Ng.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

48 jam selepas itu, siapa sangka Ng Man-tat akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir di usia 70 tahun di Hospital Union di Hong Kong. Dia pergi meninggalkan keluarga dan teman-teman.

stephen-ng-man-tat
TodayOnline

Dan dia juga pergi meninggalkan peminat-peminatnya dengan Shoalin Soccer, Hail The Judge, A Chinese Odyssey atau banyak lagi filem-filem yang dilakon atau dihasilkan olehnya.

“Saya baru tahu tentang berita ini. Walaupun saya sering mengikuti perkembangan kesihatan Ng Man-tat ketika itu, ada juga persediaan, sedikit sebanyak, tetapi berita ini masih amat menyedihkan dan memeritkan.

“Amat sukar untuk mengucapkan selamat tinggal. Penyakit Ng Man-tat datang begitu cepat dan mendiang pergi terlalu awal. Mendiang masih rakan dan sahabat baik saya sejak bertahun lamanya. Saya masih tidak dapat menerima berita ini,” kata Stephen Chow seperti yang dilaporkan oleh Awani.

Ng dan Stephen

Gandingan mantap beliau bersama Stephen Chow sering diingati. Kedua-dua mereka telah bekerjasama dalam banyak filem dan telah memberi banyak kesan kepada masyarakat, baik dari segi komedi mahupun moral.

Pada Januari 2019, Ng bercakap mengenai hubungannya dengan Stephen Chow. Walaupun mereka sudah lama tidak bekerjasama, tetapi dia menafikan bahawa mereka berseteru.

Malah Ng menjelaskan bahawa mereka masih berkawan baik. Namun seperti kawan yang lain, dia dan Stephen Chow juga mahu mengejar impian masing-masing, jadi disebabkan itu hubungan mereka kelihatan seperti retak.

shaolin-soccer
TodayOnline

Dalam temubual bersama Drama Panda pada 26 Januari 2019, Ng menyatakan bahawa dia sering menghubungi Stephen, bertanya khabar dan bertukar pandangan. Stephen juga mengajak beliau untuk bekerja dalam filemnya The Mermaid, tetapi Ng terpaksa menolak disebabkan faktor kesihatan.

Ng turut menyatakan bahawa perubahan dalam persekitaraan kerja masing-masing mungkin menjadi salah satu sebab mengapa orang membawa cerita bahawa hubungan persahabatan mereka berantakan. Namun dia selalu berharap dapat berbaik dengan Stephen seperti dulu lagi.

“Saya tidak tahu bagaimana mengembalikan persahabatan kami. Adakah dia akan datang kepada saya terlebih dahulu atau saya harus pergi kepadanya? Ia sangat menyedihkan,” katanya sambil menambah bahawa dia memahami Stephen mungkin mempunyai idea mengenai hidup yang lebih baik.

Di akhir wawancara itu, Ng sempat menitipkan harapan agar dia kembali sihat dan diberi kesempatan untuk dia dan Stephen Chow beraksi lagi di layar perak untuk sebuah filem. Namun kini harapan itu terkubur bersama-sama dengan Ng.

Untuk rekod, duo komedi ini dikatakan mula membawa haluan masing-masing sejak 2004 lagi. Ia selepas kejadian di mana mereka sepatutnya bergabung di dalam filem Kung Fu Hustle tidak menjadi kenyataan dan dilaporkan menjadi punca kerenggangan hubungan mereka.

Berdepan masalah kewangan, Stephen Chow gadai rumah mewahnya bernilai RM610 juta di Hong Kong. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Berdepan Masalah Kewangan, Stephen Chow Gadai Rumah Mewahnya Bernilai RM610 Juta Di Hong Kong

Stephen Chow Sahkan Sekuel ‘Kung Fu Hustle’ Sedang Dalam Perbincangan

Stephen Chow Sahkan ‘Kung Fu Hustle 2’ Sudah Mulakan Penggambaran Selepas 15 Tahun